Program E-Care 2023: Pelestarian Teknologi Solar Photovoltaic Dan Pertanian Pintar | FAKULTI PENGAJIAN PENDIDIKAN
» BERITA » Program E-Care 2023: Pelestarian Teknologi Solar Photovoltaic dan Pertanian Pintar

Program E-Care 2023: Pelestarian Teknologi Solar Photovoltaic dan Pertanian Pintar



SANDAKAN, 21 Mei 2023 - Program E-Care 2023: Pelestarian Teknologi Solar Photovoltaic dan Pertanian Pintar telah dianjurkan oleh Fakulti Pengajian Pendidikan, UPM dengan kerjasama Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan KPM, SMK Libaran, Pusat Pengurusan Wakaf Zakat dan Endowmen (WAZAN), dan RimbunGrow bagi meningkatkan pengetahuan, kemahiran dan hasil pertanian komuniti luar bandar berbantukan teknologi hijau dan terkini.

Program ini dijalankan di Sekolah Menengah Kebangsaan Libaran, Sandakan dari 21 hingga 23 Mei 2023 dengan dihadiri pelajar Tingkatan 3, 4, 5, guru-guru, pentadbir sekolah, PIBG, wakil Pejabat Pendidikan Daerah Sandakan, ketua-ketua kampung sekitar, pemain industri, komuniti dan petani tempatan.
Peserta telah memberi sokongan dan menyatakan minat terhadap pengaplikasian teknologi dalam pertanian dan kehidupan. Kepakaran, ilmu dan kemahiran yang dikongsi ini diharap dapat dilanjutkan ke fasa seterusnya pada masa akan datang.

WeLoveUPM!


Tarikh Input: 29/05/2023 | Kemaskini: 29/05/2023 | mohdsyafiq

PERKONGSIAN MEDIA

FAKULTI PENGAJIAN PENDIDIKAN
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397698210
-
SXEXVAp~