![]() |
![]() |
Serdang, 23 November 2025 (Ahad) - Kelab Pendidikan Sains Pertanian, Fakulti Pengajian Pendidikan UPM telah menganjurkan program "Pisompuruan” Frenzy 25/26 bertempat di Gelanggang Serbaguna (MPC) KTDI, UPM. Program ini bertujuan menyambut pelajar baharu Bacelor Pendidikan Sains Pertanian dengan Kepujian di samping merapatkan hubungan ukhuwwah antara pelajar melalui sesi sukaneka, perkongsian, soal jawab, serta aktiviti interaktif.
![]() |
![]() |
![]() |
Program "Pisompuruan” Frenzy 25/26 ini telah dipengerusikan oleh Nuradawiyah Ulaimi, selaku pengarah program, dan dihadiri oleh Ketua Jabatan Pendidikan Sains dan Teknikal, Ts. Dr. Mohd Hazwan Mohd Puad, dan penyelaras program, Ts. Dr. Enio Kang Mohd Sufian Kang. Seramai 140 orang pelajar telah menyertai program ini bermula dari awal pagi.
![]() |
![]() |
Diharapkan program seumpama ini dapat membantu pelajar baharu dalam menyesuaikan diri dengan program mereka di samping berkenalan dengan pelajar senior serta meningkatkan motivasi dan keyakinan diri.
Tarikh Input: 27/11/2025 | Kemaskini: 27/11/2025 | anisnabilah

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA
43400 SERDANG
SELANGOR
03-97696200 (PascaSiswazah)
03-97696101 (PraSiswazah)