Pertandingan Kuiz Seni Warisan Dan Budaya (SEBUDI 2) Inter-PTJ | FAKULTI PENGAJIAN PENDIDIKAN
» BERITA » Pertandingan Kuiz Seni Warisan dan Budaya (SEBUDI 2) Inter-PTJ

Pertandingan Kuiz Seni Warisan dan Budaya (SEBUDI 2) Inter-PTJ

SERDANG, 24 Februari 2024 - Tahniah kepada team Fakulti Pengajian Pendidikan yang telah ke peringkat akhir Pertandingan Kuiz Seni Warisan dan Budaya (SEBUDI 2) Inter-PTJ dan mendapat tempat ke-6 daripada 41 PTJ.

Pertandingan selama dua hari ini disertai oleh 41 PTJ dan hanya 6 PTJ yang berjaya mara ke peringkat akhir. FPP telah disertai oleh En Safiee Sulong. Puan Nurbaeyah Abd Aziz dan Puan Marlisha Zaki. 

Sesi ini telah dijurikan oleh barisan juri profesional. Peringkat Akhir SEBUDI 2.0 ini telah dijalankan selama 3 jam menerusi 3 segmen antaranya segmen cabutan undian, segmen Dia dan Lagu dan segmen Info UPM. Para peserta diberikan soalan-soalan yang sangat mencabar dan menguji pengetahuan dan kefahaman mereka. 
 
Sesi penyampaian hadiah pemenang telah disempurnakan oleh Encik Husalshah Rizal Hussian (Pengarah Pusat Kebudayaan dan Kesenian Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah UPM). Menurut beliau “Diharapkan program SEBUDI ini dapat diteruskan pada masa akan datang. Program ini mempunyai objektif yang jelas dalam membantu seluruh warga kampus UPM amnya bagi meningkatkan kefahaman dan pengetahuan di dalam bidang seni budaya dan warisan, dan terpenting adalah ia merupakan satu usaha dan inisiatif yang hebat dan sempurna walaupun julung-julung kali ia diadakan. Tahniah sekali lagi kepada penganjur dan barisan Ahli Jawatankuasa yang bersungguh-sungguh menjayakan pertandingan SEBUDI 2”. 

Tarikh Input: 29/02/2024 | Kemaskini: 19/03/2024 | mohdsyafiq

PERKONGSIAN MEDIA

FAKULTI PENGAJIAN PENDIDIKAN
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397698210
-
SXFDGAp~