
KUALA LUMPUR, 20 Ogos 2025 – Fakulti Pengajian Pendidikan (FPP), Universiti Putra Malaysia (UPM) telah membentangkan Laporan Akhir Projek Pemprofilan Usahawantani Kota Tinggi kepada Menteri Pertahanan Malaysia, YB Dato’ Seri Mohamed Khaled Nordin dalam satu perjumpaan rasmi di Wisma Pertahanan, Kuala Lumpur.
Projek penyelidikan tersebut diketuai oleh Dr. Siti Nur Syuhada Musa dari Jabatan Pemajuan Profesional dan Pendidikan Lanjutan, Fakulti Pengajian Pendidikan bersama ahli projek iaitu Prof. Dr. Ismi Arif Ismail, Prof. Madya Dr. Khairulmazmi, dan Dr. Ahmad Aizuddin Md Rami. Hasil kajian telah menghasilkan profil menyeluruh komuniti pertanian di Kota Tinggi yang merangkumi faktor demografi, sosio-ekonomi serta aspirasi komuniti. Profil ini bakal menjadi rujukan penting dalam merangka program pembangunan pertanian yang lebih mampan, meningkatkan taraf hidup pekebun kecil, serta memperkukuh ekosistem sekuriti makanan negara.
Perjumpaan ini tersebut turut disertai oleh Naib Canselor UPM, Dato’ Profesor Ir. Dr. Ahmad Farhan Mohd Sadullah yang mengadakan kunjungan hormat ke atas YB Menteri Pertahanan. Pertemuan ini turut membuka ruang perbincangan mengenai potensi kerjasama strategik antara Universiti Putra Malaysia (UPM) dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM).
Turut hadir, Prof. Dr. Ir. B.T. Hang Tuah Baharudin, Timbalan Naib Canselor (Jaringan Industri & Masyarakat), UPM.
Tarikh Input: 28/08/2025 |
Kemaskini: 28/08/2025 | intanzuliana
PERKONGSIAN MEDIA