PERARAKAN HARI PENDIDIKAN NASIONAL (HARDIKNAS) | FAKULTI PENGAJIAN PENDIDIKAN
» BERITA » PERARAKAN HARI PENDIDIKAN NASIONAL (HARDIKNAS)

PERARAKAN HARI PENDIDIKAN NASIONAL (HARDIKNAS)

 

 

 

 

Malang, Indonesia, 3 Mei 2024 (Khamis) – Kelab Pendidikan Sains Pertanian dari Fakulti Pengajian Pendidikan (FPP), Universiti Putra Malaysia telah menyertai program perarakan Hari Pendidikan Nasional (HARDIKNAS) anjuran Universitas Negeri Malang (UM). Program HARDIKNAS ini disertai seluruh pegawai akademik dan pelaksana UM, perwakilan mahasiswa tempatan dan antarabangsa serta tetamu jemputan. Penyertaan Kelab Pendidikan Sains Pertanian ini turut diiringi pensyarah Ts. Dr. Mohd Hazwan Mohd Puad, Ts. Dr. Enio Kang Mohd Sufian Kang dan Ts. Dr. How Shwu Pyng dari Jabatan Pendidikan Sains dan Teknikal, Fakulti Pengajian Pendidikan UPM.

 

 

 

Program HARDIKNAS telah bermula jam 7:00 pagi bertempat di Stadium Cakrawala UM dengan semua kehadiran peserta memakai pakaian adat istiadat dari etnik dan kawasan masing-masing. Perwakilan Kelab Pendidikan Sains Pertanian telah memperagakan pakaian tradisional baju Melayu, baju kebarung, baju Cheongsam, baju etnik Murut, dan baju kebaya dalam perarakan HARDIKNAS ini. Program HARDIKNAS telah berakhir pada jam 11:00 pagi.

 

 

 

Rektor Universitas Negeri Malang (UM), Prof. Dr. Hariyono telah merasmikan program HARDIKNAS ini dengan memperingatkan perjuangan tinggi dalam falsafah kebebasan ilmu pengetahuan. Dengan tema “Bergerak Bersama Lanjutkan Merdeka Belajar”, ahli akademik diingatkan untuk perlu memahami pentingnya dalam memberi teladan, bimbingan dan dorongan kepada semua pemegang taruh tidak mengira kedudukan dan jawatan ahli akademik itu berada.

 

Tarikh Input: 07/05/2024 | Kemaskini: 07/05/2024 | anisnabilah

PERKONGSIAN MEDIA

FAKULTI PENGAJIAN PENDIDIKAN
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397698210
-
WXFUBAQ~