Memperkasa Transformasi Pendidikan Pascasiswazah Menerusi Bengkel Pelan Strategik Berimpak Tinggi | FAKULTI PENGAJIAN PENDIDIKAN educ
» BERITA » Memperkasa Transformasi Pendidikan Pascasiswazah Menerusi Bengkel Pelan Strategik Berimpak Tinggi

Memperkasa Transformasi Pendidikan Pascasiswazah Menerusi Bengkel Pelan Strategik Berimpak Tinggi

 

  
 
Port Dickson, 12 April 2026 – Fakulti Pengajian Pendidikan telah menganjurkan program berimpak tinggi melalui Bengkel Pelan Strategik Master Secara Kerja Kursus (MSKK) 2026 yang berlangsung di Avilion Cove, Port Dickson pada 10 – 12 April 2026. Program ini menghimpunkan barisan kepimpinan fakulti yang terdiri daripada Ahli Pengurusan Fakulti, Ketua Jabatan serta Penyelaras Program dalam usaha memperkukuh hala tuju akademik yang lebih strategik dan berdaya saing selaras dengan True North UPM dalam memperkasa pendidikan berkualiti.
Penganjuran program ini bertujuan merangka Pelan Strategik secara komprehensif untuk memperkasakan pelaksanaan program pascasiswazah. Sepanjang program, peserta terlibat secara aktif dalam sesi perbincangan dan pembentangan yang memfokuskan kepada penambahbaikan kurikulum, pembelajaran dan strategi meningkatkan promosi pelajar selaras dengan keperluan semasa pendidikan.
Dalam perkongsian Hala Tuju & Aspirasi Program Pascasiswazah oleh YBhg. Prof. Madya Dr. Wan Marzuki Wan Jaafar, Dekan Fakulti Pengajian Pendidikan menegaskan bahawa bengkel ini merupakan platform penting untuk menyatukan pemikiran dan kepakaran dalam kalangan warga fakulti. Beliau menyatakan bahawa pelan strategik yang dibangunkan perlu bersifat dinamik, responsif terhadap perubahan global serta mampu melahirkan graduan yang berkualiti tinggi dan relevan dengan kehendak industri.
 
 
 
Sementara itu, Timbalan Dekan (Pengajian Siswazah dan Antarabangsa), Prof. Madya Dr. Nor Aniza Ahmad turut menekankan kepentingan pemerkasaan program pascasiswazah berasaskan kerja kursus agar selari dengan keperluan semasa. Beliau menyatakan bahawa pendekatan inovatif dalam kurikulum pengajaran dan pembelajaran perlu diberi keutamaan bagi meningkatkan daya saing program pengajian.
Di samping itu, strategi pemasaran yang lebih agresif dan berimpak tinggi perlu dilaksanakan melalui pelbagai platform digital, pengukuhan jaringan kolaborasi industri, serta penglibatan aktif alumni sebagai duta program bagi memperluas capaian promosi. Usaha ini diyakini dapat meningkatkan visibiliti program, menarik minat calon berkualiti serta seterusnya meningkatkan kadar kemasukan pelajar secara berterusan, ujurnya lagi
Hasil daripada bengkel ini, satu kerangka pelan strategik yang lebih jelas dan tersusun telah berjaya dibangunkan. Pelan ini akan menjadi panduan utama fakulti dalam meningkatkan kualiti program akademik dan memperkukuh tadbir urus proses penawaran program pengajian pascasiswazah.
Secara keseluruhannya, penganjuran Bengkel Pelan Strategik Master Secara Kerja Kursus ini dilihat sebagai satu langkah proaktif dan signifikan dalam memacu transformasi Fakulti Pengajian Pendidikan ke arah kecemerlangan yang lebih holistik. Impaknya bukan sahaja meningkatkan kualiti pengurusan akademik, malah turut memberi manfaat jangka panjang kepada pembangunan graduan yang kompeten, relevan dan terus berdaya saing pada masa hadapan.

 

Tarikh Input: 14/04/2026 | Kemaskini: 14/04/2026 | intanzuliana

PERKONGSIAN MEDIA

FAKULTI PENGAJIAN PENDIDIKAN
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397696100
-
X, (09:45:05pm-09:50:05pm, 29 Sep 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]