Malam Kenduri Puisi Menjulang Warisan Bangsa | FAKULTI PENGAJIAN PENDIDIKAN
» BERITA » Malam Kenduri Puisi Menjulang Warisan Bangsa

Malam Kenduri Puisi Menjulang Warisan Bangsa

 
SERDANG, 17 Mei 2024 – Fakulti Pengajian Pendidikan telah mengadakan Malam Kenduri Puisi Menjulang Warisan Bangsa pada 17 Mei 2024 jam 8:30 malam bertempat di Auditorium FPP. Program ini diadakan bersempena sambutan Hari Guru yang bertemakan ”Guru Jauhari Digital, Aspirasi Negara Madani”. Program ini merupakan pengisian di bawah kursus LHE3151 Pengajaran Puisi Melayu untuk pelajar kohort Za’ba Bacelor Pendidikan Bahasa Melayu dengan Kepujian (BPBMdK) Sesi 2023/2024.
Malam Keduri Puisi ini telah dirasmikan oleh Prof. Madya Dr Wan Marzuki Wan Jaafar, Dekan FPP. Sebagai gimik perasmian, beliau telah mendeklamasikan sajak bertajuk "Tanpa Seorang Guru". Program yang meriah dengan pelbagai persembahan termasuk boria, dekon (deklamasi moden), nyanyian lagu dan sketsa ini telah dihadiri hampir 120 orang tetamu yang terdiri dari pelajar, staf dan peminat serta penggiat puisi.
Program ini telah diserikan dengan kehadiran YB. Senator Profesor Datuk Seri Dr. Awang Sariyan yang juga merupakan Profesor Pelawat di Fakulti Pengajian Pendidikan yang turut mendeklamasi sajak bertajuk "Taklif Sang Pendidik". Selain itu, antara pendeklamasi jemputan adalah , Tuan Ahmad Shukri bin Abdullah yang merupakan penyair kelahiran Perlis, Tuan Badrul Hisham bin Abdul Hamid yang dikenali sebagai "Cikgu Badrul" dan Dr Suriani Ismail, Jabatan Pemajuan Profesional dan Pendidikan Lanjutan, FPP.
                                       
Penganjuran program ini juga sebagai tanda penghargaan kepada barisan pensyarah yang telah banyak menabur bakti dan mendidik anak bangsa. Selain itu, program ini juga sebagai platform mencungkil bakat dan menyemarakkan cinta akan nilai sastera dan puisi.

Tahniah kepada Dr Shamsudin Othman, Jabatan Pendidikan Bahasa dan Kemanusian selaku pengajar kursus LHE3151 dan pelajar kohort Za’ba Bacelor Pendidikan Bahasa Melayu dengan Kepujian (BPBMdK) atas penganjuran Malam Kenduri Puisi yang meriah ini. Menurut Dr Shamsudin Othman “program kenduri puisi merupakan satu penilaian dalam bentuk pembinaan yakin diri dan pemerkasa karekter pedagogi keguruan. Sehubungan dengan itu, program ini terbukti dapat menggembeling gabungan kreativiti dengan kerjasama berorganisasi.”

Tarikh Input: 21/05/2024 | Kemaskini: 21/05/2024 | mohdsyafiq

PERKONGSIAN MEDIA

FAKULTI PENGAJIAN PENDIDIKAN
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397696100
-
S, (02:27:44pm-02:32:44pm, 07 Apr 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]