Majlis Perasmian Bengkel Inovasi PdP | FAKULTI PENGAJIAN PENDIDIKAN
» BERITA » Majlis Perasmian Bengkel Inovasi PdP

Majlis Perasmian Bengkel Inovasi PdP

23 Januari 2021 (Sabtu), Serdang – Majlis Perasmian Bengkel Inovasi dalam Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) anjuran Fakulti Pengajian Pendidikan (FPP, UPM) telah berlangsung secara dalam talian pada Sabtu lalu sebagai acara pembukaan kepada siri latihan ini. Bengkel ini telah dirasmikan oleh YBhg. Prof. Dr. Samsilah Roslan, dekan FPP. Turut hadir, YBrs. Ts. Dr. Muhd. Khaizer Omar selaku ketua Jabatan Pendidikan Sains dan Teknikal serta YBrs. Dr. Rahimah Jamaluddin selaku ketua program. Bengkel Inovasi dalam PdP ini akan mengetengahkan pelbagai pendekatan inovasi dalam PdP untuk dimanfaatkan oleh para peserta terutamanya dalam bidang pendidikan dan latihan teknikal dan vokasional (TVET). Menurut Prof. Dr. Samsilah, inovasi PdP yang dijadualkan dalam siri bengkel ini dapat membantu menjadikan sesi PdP lebih menarik. Justeru, inisiatif menganjurkan bengkel seperti ini amat bertepatan dan diharapkan dapat menyumbang kepada pemantapan sesi PdP terutama dalam cabaran dan norma baharu pada ketika ini. Secara khususnya, program ini dianjurkan oleh Jabatan Pendidikan Sains dan Teknikal (JPST) dengan kerjasama dari INNOVATE, Putra Future Classroom (PFC) dan juga Pertubuhan Ekonomi Rumah Tangga Malaysia (MAHE).

Fakulti Pengajian Pendidikan
Mengolah Pendidikan. Memaknai Masa Depan.

Tarikh Input: 01/02/2021 | Kemaskini: 01/02/2021 | mohdsyafiq

PERKONGSIAN MEDIA

FAKULTI PENGAJIAN PENDIDIKAN
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397698210
-
SXEUNAL~