![]() |
![]() |
Riau, Indonesia 18 Ogos 2024 (Ahad) - Jabatan Pendidikan Sains dan Teknikal, Fakulti Pengajian Pendidikan, Universiti Putra Malaysia telah menghantar seramai 10 orang pelajar tahun akhir Bacelor Pendidikan Sains Pertanian dengan Kepujian untuk menjalani Latihan Mengajar dan Internship (LMI) di Sekolah Menengah Kejuruan Negeri (SMKN) Pertanian Terpadu Provinsi Riau, Indonesia dari 29 Julai 2024 hingga 18 Ogos 2024. Latihan Mengajar dan Internship ini bertujuan untuk memberikan pengalaman baharu kepada pelajar serta memberikan pendedahan Pendidikan Sains Pertanian kepada mereka di Indonesia. Ini memberikan mereka peluang untuk mempelajari serta menyumbangkan pengetahuan sedia ada mereka kepada murid-murid di sekolah tersebut.
![]() |
![]() |
Pelajar-pelajar yang terlibat tersebut ditempatkan di unit Mekanisasi Pertanian (MP), unit Agribisnis Tanaman Perkebunan (ATP), unit Agribisnis Pembenihan Tanaman (APT), unit Agriteknologi Pengolahan Hasil Pertanian (APHP), unit Agribisnis Ternakan Unggas (ATU), unit Agribisnis Tanaman Pangan dan Hortikultura (ATPH) dan unit Agribisnis Perikanan Air Tawar (APAT) di sekolah tersebut. Program ini memberikan impak besar kepada program Bacelor Pendidikan Sains Pertanian dengan Kepujian dalam memahami naratif LMI peringkat antarabangsa dan mendapat sambutan yang baik daripada kepala sekolah dan guru-guru Sekolah Menengah Kejuruan Negeri Pertanian Terpadu Provinsi Riau, Indonesia. Diharapkan program ini dapat diteruskan pada masa yang akan datang.
![]() |
![]() |
![]() |
||
![]() |
![]() |
![]() |
||
![]() |
![]() |
![]() |
Tarikh Input: 22/08/2024 | Kemaskini: 22/08/2024 | anisnabilah

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA
43400 SERDANG
SELANGOR
03-97696200 (PascaSiswazah)
03-97696101 (PraSiswazah)