
Serdang - Fakulti Pengajian Pendidikan telah menerima lawatan SMK Dato' Dol Said, Melaka. Lawatan terdiri dari 70 orang pelajar dengan diiringi oleh 10 orang guru beserta Pengetua sekolah. Pelajar telah disambut dan diberi taklimat oleh Prof. Madya Dr. Abu Bakar Mohamed Razali, Timbalan Dekan (Akademik, Pelajar dan Alumni), Dr Yusni Mohamad Yusop, dari Jabatan Pendidikan Kaunselor dan Psikologi Kaunseling dan Dr. Rose Manisah Sulong, Penyelaras Pusat Sumber FPP.
Lawatan pelajar ini bertujuan untuk mendapatkan maklumat lanjut berkenaan program yang ditawarkan serta hala tuju masa hadapan. Deligasi ini turut dibawa melawat Pusat Sumber dan Putra Future Classroom, FPP.
Tarikh Input: 20/02/2023 |
Kemaskini: 20/02/2023 | mohdsyafiq
PERKONGSIAN MEDIA