Lawatan Kerja Rangka Kerjasama Strategik Fakulti Pengajian Pendidikan, UPM Ke Kedutaan Besar Malaysia Di Sepanyol | FAKULTI PENGAJIAN PENDIDIKAN
» BERITA » Lawatan Kerja Rangka Kerjasama Strategik Fakulti Pengajian Pendidikan, UPM ke Kedutaan Besar Malaysia di Sepanyol

Lawatan Kerja Rangka Kerjasama Strategik Fakulti Pengajian Pendidikan, UPM ke Kedutaan Besar Malaysia di Sepanyol


Lawatan Kerja Rangka Kerjasama Strategik Fakulti Pengajian Pendidikan, UPM ke Kedutaan Besar Malaysia di Sepanyol
MADRID, 18 September 2023 - Fakulti Pengajian Pendidikan dengan diketuai oleh Prof. Madya Dr. Wan Marzuki Wan Jaafar, Dekan bersama Prof. Madya Dr. Nor Aniza Ahmad, Timbalan Dekan (Penyelidikan, Inovasi dan Pendanaan) bersama Dr. Aimi Nasuha Burhanuddin (pensyarah penghubung MoA dengan Universiti of Seville) telah mengadakan kunjungan hormat ke Kedutaan Besar Malaysia di Avenida de los Madroños, Madrid Sepanyol bagi membincangkan rangka kerjasama berkaitan Satelit Kampus, Program Summer School UPM dengan Universiti di Sepanyol, pertukaran budaya dan pendidikan, pertukaran pelajar dan staf serta kerjasama dalam penyelidikan, penerbitan serta jaringan industri dan komuniti.
Lawatan delegasi FPP telah disambut oleh TYT Dato' Akmal Che Mustafa, Duta besar Malaysia ke Sepanyol.

Kunjungan ini merupakan sebahagian aktiviti dalam lawatan kerja bagi menandatangani memorandum perjanjian (MoA) antara Universiti Putra Malaysia dengan University of Seville dan juga mengadakan kerjasama strategik antara Universiti Putra Malaysia dengan universiti di Sepanyol.

 

Tarikh Input: 21/09/2023 | Kemaskini: 21/09/2023 | mohdsyafiq

PERKONGSIAN MEDIA

FAKULTI PENGAJIAN PENDIDIKAN
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397698210
-
SXFDBAX~