Lawatan Kerja Ke Spectrum International School Putrajaya | FAKULTI PENGAJIAN PENDIDIKAN
» BERITA » Lawatan kerja ke Spectrum International School Putrajaya

Lawatan kerja ke Spectrum International School Putrajaya

 

 

  

 

3 September 2024, Selasa, Putrajaya - Wakil dari Unit Pendidikan Sains Pertanian, Jabatan Pendidikan Sains dan Teknikal, Fakulti Pengajian Pendidikan telah menjalankan lawatan kerja ke Spectrum International School Putrajaya yang merupakan sebahagian daripada projek rintis Kelab Pertanian Untuk Rakyat (PUTRA). Wakil Fakulti terdiri daripada Ts. Dr. Mohd Hazwan Mohd Puad, Ts. Dr. Enio Kang Mohd Sufian Kang, En. Mohammad Sallehhuden Samah, Cik Nurul Azika Abdul Jalil, En. Muhammad Taqiuddin Shith Mohd Shith Putera telah berbincang dengan pihak sekolah bagi menubuhkan dan melancarkan projek rintis Kelab PUTRA. Kelab ini merupakan salah satu platform pembelajaran dalam agenda universiti memperkasa aspek pertanian dan keterjaminan makanan negara.

  

  

 

Kelab PUTRA ini bermatlamat membina pengetahuan dan kemahiran praktikal pelajar dalam penghasilan dan pengeluaran makanan sekaligus menyemai minat, tanggungjawab, kesedaran dan bakat pelajar sejak alam persekolahan. Pasukan dari unit Pendidikan Sains Pertanian telah memulakan perancangan dan gerak kerja dalam memastikan hasrat projek rintis ini tercapai. Diharapkan projek rintis Kelab PUTRA ini dapat direalisasikan dengan jayanya mengikut perancangan yang telah dijalankan.

 

     

 

  

Tarikh Input: 06/09/2024 | Kemaskini: 30/09/2024 | anisnabilah

PERKONGSIAN MEDIA

FAKULTI PENGAJIAN PENDIDIKAN
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397696100
-
X, (02:00:41am-02:05:41am, 23 Jul 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]