Lawatan Ilmiah Ke Selangor Fruits Valley | FAKULTI PENGAJIAN PENDIDIKAN
» BERITA » Lawatan Ilmiah ke Selangor Fruits Valley

Lawatan Ilmiah ke Selangor Fruits Valley



Bestari Jaya, Selangor (Ahad, 5 November 2023) - Seramai 29 orang pelajar Bacelor Pendidikan Sains Pertanian dengan Kepujian Tahun 3 telah mengadakan lawatan ilmiah ke Selangor Fruits Valley diketuai oleh Ts. Dr. How Shwu Pyng sebagai pensyarah Kursus STE4100 Pengajaran Pengurusan Agroteknologi. Turut menyertai lawatan ialah Ketua Jabatan Pendidikan Sains dan Teknikal, Ts. Dr. Mohd Hazwan dan Pensyarah Kanan iaitu Ts. Dr. Enio Kang. Lawatan dibantu oleh dua orang pegawai ladang iaitu Encik Salleh dan juga Cik Nor Azika. Sesi lawatan ini telah berlangsung dari pukul 8:00 pagi dan 4:30 petang dan diisi dengan pelbagai aktiviti yang menarik.
Pelajar telah didedahkan dengan amalan pertanian baik yang diamalkan di Selangor Fruit Valley. Melalui pendedahan ini, pelajar bakal mengaplikasikan ilmu yang telah dikongsi oleh Selangor Fruits Valley dalam proses melaksanakan pembelajaran berasaskan projek di Ladang Fakulti Pengajian Pendidikan. Pelajar juga turut diberi peluang untuk melakukan aktiviti 'hands-on' untuk merasai sendiri pengalaman seperti aktiviti menuai hasil buah jambu, buah kelapa dan juga nenas. Program diakhiri dengan ucapan terima kasih kepada pihak Selangor Fruits Valley kerana banyak memberikan input berguna kepada pelajar untuk dimanfaatkan di ladang fakulti.


Tarikh Input: 30/11/2023 | Kemaskini: 30/11/2023 | mohdsyafiq

PERKONGSIAN MEDIA

FAKULTI PENGAJIAN PENDIDIKAN
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397698210
-
WXCXHA:07:51