Kursus Penulisan Berita Dan Pembangunan Inovasi Kaedah KIK Kepada Staf Pelaksana FPP. | FAKULTI PENGAJIAN PENDIDIKAN
» BERITA » Kursus Penulisan Berita dan Pembangunan Inovasi Kaedah KIK kepada staf pelaksana FPP.

Kursus Penulisan Berita dan Pembangunan Inovasi Kaedah KIK kepada staf pelaksana FPP.

May be an image of 13 people, people studying, office and textMay be an image of 7 people, people studying, bureau, office and text

SERDANG, 23 Jun - Fakulti Pengajian Pendidikan telah mengadakan Kursus Penulisan Berita dan Pembangunan Inovasi Kaedah KIK kepada staf pelaksana FPP.
Objektif kursus adalah bagi memupuk dan memperkukuh nilai-nilai budaya inovasi dan kreativiti di kalangan warga FPP selain mensasarkan peningkatan kedudukan dalam penarafan bintang Universiti dan visibiliti fakulti.
Dua orang penceramah telah dijemput iaitu Encik Asrizam Esam Asri Esam, Pegawai Penyelidik dari Putra Science Park dan Puan Noor Eszereen Ereen Juferi, wartawan dari Pusat Strategi dan Perhubungan Korporat.
Seorang peserta kursus ini, En Safiee Sulong berkata, "saya sangat teruja menyertai kursus ini kerana kursus ini berjaya meningkatkan daya saing warga FPP terhadap kepentingan inovasi dan kreativiti dalam pelaksanaan kerja".
Ini turut dipersetujui oleh Puan Nadiah Kamaruddin, Penolong Pendaftar, "kursus ini sangat berguna dalam tugasan seharian saya bagi merealisasikan pengamalan proses, pendekatan dan budaya berteraskan ciri-ciri inovatif dan kreatif dalam perkhidmatan".
May be an image of 16 people and officeMay be an image of 14 people and text
 

Tarikh Input: 26/06/2023 | Kemaskini: 26/06/2023 | mohdsyafiq

PERKONGSIAN MEDIA

FAKULTI PENGAJIAN PENDIDIKAN
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397698210
-
SXFDGA4~