Kerjasama Dengan Centre For Leadership And Followership, Durham University | FAKULTI PENGAJIAN PENDIDIKAN
» BERITA » Kerjasama dengan Centre for Leadership and Followership, Durham University

Kerjasama dengan Centre for Leadership and Followership, Durham University

9 Julai 2024, Durham - Fakulti Pengajian Pendidikan telah memulakan inisiatif kerjasama dengan Centre for Leadership and Followership, Durham University untuk menjalin potensi kerjasama dalam kepakaran akademik, penyelidikan, dan program outreach. Pertemuan ini dipengerusikan oleh Prof. Susanne Braun dan dihadiri oleh Dr. Nor Azni Abd Aziz, Timbalan Dekan Akademik dan Alumni, Dr. Ahmad Aizuddin Md Rami, serta pegawai akademik dan penyelidik dari DU dan FPP.
Kunjungan juga telah dibuat kepada Prof. Margaret Masson di St. Chad’s College untuk bertukar pandangan mengenai program universiti, program alumni, sokongan kepada kesejahteraan pelajar, serta perjumpaan dengan ketua wakil pelajar Malaysia (undergraduate) di Durham.

Tarikh Input: 15/07/2024 | Kemaskini: 15/07/2024 | mohdsyafiq

PERKONGSIAN MEDIA

FAKULTI PENGAJIAN PENDIDIKAN
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397696100
-
W, (06:46:55pm-06:51:55pm, 25 Jul 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]