INTERNATIONAL SEMINAR FOOD SECURITY AND AGRICULTURAL EDUCATION: WAY FOWARD | FAKULTI PENGAJIAN PENDIDIKAN
» BERITA » INTERNATIONAL SEMINAR "FOOD SECURITY AND AGRICULTURAL EDUCATION: WAY FOWARD"

INTERNATIONAL SEMINAR "FOOD SECURITY AND AGRICULTURAL EDUCATION: WAY FOWARD"

 

 

   

 

Malang, Indonesia, 8 Mei 2024 (Rabu) - Kelab Pendidikan Sains Pertanian (KPSP) yang terdiri dari 23 orang pelajar program Bacelor Pendidikan Sains Pertanian dengan Kepujian diketuai oleh Ahmad Nor Shahmin Ahmad Nor Kamar telah menyertai "International Seminar - Food Security and Agricultural Education: Way Forward" yang bertempat di Universitas Brawijaya, Malang. Seminar peringkat antarabangsa ini turut dihadiri oleh 3 orang pensyarah iaitu Ts. Dr. Mohd Hazwan Mohd Puad, Ts. Dr. Enio Kang Mohd Sufian Kang dan Ts. Dr. How Shwu Pyng dari Jabatan Pendidikan Sains dan Teknikal, FPP UPM. Seramai 70 orang pegawai akademik dan pelajar dari Universitas Brawijaya juga telah turut serta dalam program ini secara fizikal dan dalam talian.

 

   

 

Tiga orang pengucap utama dalam seminar iaitu Prof. Nuhfil Hanani dari Universitas Brawijaya, Ts. Dr. Mohd Hazwan Mohd Puad dan Ts. Dr. Enio Kang Mohd Sufian Kang dari Universiti Putra Malaysia. Seminar ini memfokus kepada kajian, strategi, usaha dan kerjasama serantau dalam menangani isu keterjaminan makanan dan pertanian. Status dan kemas kini data keterjaminan bekalan makanan terhadap permintaan dibentang dan dikongsi kepada semua peserta. Seterusnya, kepentingan pendidikan pertanian juga ditegaskan bagi membangkitkan kesedaran rakyat, komuniti, dan pelajar terhadap langkah memastikan kestabilan bekalan makanan negara.

 

   

 

Tarikh Input: 21/05/2024 | Kemaskini: 21/05/2024 | anisnabilah

PERKONGSIAN MEDIA

FAKULTI PENGAJIAN PENDIDIKAN
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397696100
-
X, (11:03:56am-11:08:56am, 21 Jul 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]