INTERNATIONAL MOBILITY PROGRAM | FAKULTI PENGAJIAN PENDIDIKAN
» BERITA » INTERNATIONAL MOBILITY PROGRAM

INTERNATIONAL MOBILITY PROGRAM

 
 
 
 
Hat Yai, Thailand, 30 Mei - 2 Jun 2024 - Persatuan Alumni Bimbingan dan Kaunseling UPM (PABKUPM) telah menganjurkan dan menjalankan "International Mobility Program" bermula pada 30 Mei hingga 2 Jun 2024 bertempat di Hat Yai, Thailand. Seramai 34 orang peserta terdiri dari pensyarah dan pelajar pascasiswazah Fakulti Pengajian Pendidikan UPM serta alumni Universiti Putra Malaysia telah bertolak menaiki bas dari UPM hingga ke Hat Yai, Thailand melalui Bukit Kayu Hitam. Melalui program mobiliti ini, pihak Fakulti telah mengorak langkah awal dalam membina persefahaman dengan Prince of Songkla University (PSU) untuk bekerjasama dan memanfaatkan potensi hubungan baik dalam bidang penyelidikan, inovasi dan komersial pada masa akan datang.
 
 
 
 
Sepanjang program, peserta telah dibawa untuk mengunjungi kampus Prince of Songkla University (PSU) dalam rangka kerjasama akademik serta melawat lokasi bersejarah, rumah ibadah, kulinari, riadah dan tarikan pengunjung sekitar Hat Yai. Diharapkan program ini dapat memberi manfaat kepada semua pihak yang terlibat dan seterusnya membina hubungan korporat dan profesional di antara kedua institusi pendidikan dan penyelidikan.
 
 
   
 


 

 

Tarikh Input: 04/06/2024 | Kemaskini: 04/06/2024 | anisnabilah

PERKONGSIAN MEDIA

FAKULTI PENGAJIAN PENDIDIKAN
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397696100
-
F, (05:32:15pm-05:37:15pm, 08 Apr 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]