
Graduan Master Pendidikan Psikologi Pendidikan menerusi program pesisir pintar cerdas UPM telah berjaya menamatkan pengajian mereka dan menerima ijazah Master Pendidikan mereka dalam konvokesyen ke 49 UPM pada tanggal 3 Disember 2025.
12 graduan ini merupakan guru dari Zon Utara dan penerima Biasiswa Program Hadiah Latihan Persekutuan Separuh Masa (HLPS) bagi Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP), KPM dalam PROGRAM PERSISIR PINTAR CERDAS bersama Universiti Putra Malaysia.
Walau dari latar belakang yang berbeza, mereka bersatu demi ilmu. Pelbagai onak dan duri yang mereka tempuhi. Gelak tawa, keriangan dan kegembiraan mereka dalam mengharungi perjalanan selama 2 tahun ini sebenarnya menyembunyikan tangisan, tekanan dan rintihan di sebaliknya.
Ada yang hampir kecundang, ada yang terbeban, ada juga yang telah mengubah perjalanan rutin kehidupan. Di sebalik cabaran yang mereka lalui ada tangan positif yang menghulur, membawa kegembiraan, membawa harapan kepada mereka untuk mengharungi perjalanan ini.
Kegembiraan pada wajah setiap insan ini terselit penghargaan yang tidak terhingga khususnya terhadap para pensyarah Fakulti Pengajian Pendidikan, UPM.
Tarikh Input: 22/12/2025 |
Kemaskini: 22/12/2025 | intanzuliana
PERKONGSIAN MEDIA