FPP UPM Anjur Malam Baca Puisi, Beri Pengalaman Pementasan Puisi Kepada Mahasiswa. | FAKULTI PENGAJIAN PENDIDIKAN
» BERITA » FPP UPM anjur Malam Baca Puisi, beri pengalaman pementasan puisi kepada mahasiswa.

FPP UPM anjur Malam Baca Puisi, beri pengalaman pementasan puisi kepada mahasiswa.

 

 

SERDANG – Sempena sambutan Hari Guru, Pelajar Bacelor Pendidikan Bahasa Melayu, Fakulti Pengajian Pendidikan (FPP), Universiti Putra Malaysia (UPM) menganjurkan program Malam Baca Puisi bagi memberikan pengalaman kepada mahasiswa yang menganjurkan pementasan puisi baru-baru ini.

 

Program ini diketuai oleh Dr. Shamsudin Othman, Ketua Jabatan Pendidikan Bahasa dan Kemanusiaan (JPBK) dan dibantu oleh pensyarah JPBK dan staf pelaksana fakulti. Turut terlibat dalam perlaksanaan program ini, mahasiswa Bacelor Pendidikan Bahasa Melayu dengan kepujian kohort Keris Mas dan beberapa mahasiswa Tahun 1 Bacelor Pengajaran Bahasa Inggeris Sebagai Bahasa Kedua (TESL) dengan kepujian.

 

Ketua Program, Dr. Shamsudin Othman berkata, dengan mempraktikan kaedah yang kreatif dalam mendeklamasikan puisi sebenarnya dapat menarik minat generasi muda untuk mempelajari serta mendalami puisi bahasa Melayu.

 

“Apabila puisi itu dilagukan ia dapat meningkatkan daya kreatif dalam penyampaian pengajaran bahasa Melayu dan teknik ini juga merupakan satu inisiatif dalam mempertahankan seni warisan bangsa itu sendiri,” katanya.

Tambah beliau, program itu juga memberi ruang dan peluang kepada para mahasiswa dalam pemilihan puisi yang bertemakan Guru sempena sambutan Hari Guru pada setiap 16 Mei setiap tahun.

 

Pelajar Master Bahasa Melayu, Saiful Ibrahim Abas Saiful Bahri berkata, program ini dapat mencungkil bakat dan keberanian para mahasiswa dalam mengendalikan dan menguruskan program yang melibatkan tokoh sasterawan negara.

 

“Pelbagai ilmu yang saya peroleh terutama berkaitan dengan genre puisi yang pelbagai Program ini juga dapat memarbatkan profesion dalam kalangan pendidik melalui pesembahan seni puisi,” katanya.

 

Turut hadir program ini Sasterawan Negara ke-15 Prof. Datuk Dr. Rahman Shaari, Senator Prof, Datuk Seri Awang Sariyan, Raja Puisi Asia Roslan Madun, Kopratasa Sani Sudin dan Dekan Fakulti Pengajian Pendidikan Prof. Madya Dr. Wan Marzuki Wan Jaafar.

Tarikh Input: 28/06/2023 | Kemaskini: 06/07/2023 | ibrahimabas

PERKONGSIAN MEDIA

FAKULTI PENGAJIAN PENDIDIKAN
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397698210
-
SXFCWAE~