FPP Semarak Semangat Merdeka Menerusi Sayembara Puisi | FAKULTI PENGAJIAN PENDIDIKAN
» BERITA » FPP Semarak Semangat Merdeka Menerusi Sayembara Puisi

FPP Semarak Semangat Merdeka Menerusi Sayembara Puisi

Serdang, 22 Julai 2025 – Dalam usaha menyemarakkan semangat patriotisme dan cintakan tanah air dalam kalangan warganya, Fakulti Pengajian Pendidikan (FPP), Universiti Putra Malaysia telah menganjurkan Sayembara Puisi Merdeka bertempat di ruang legar Read@Uni FPP, Blok A.
Program yang berlangsung pada jam 2.30 petang ini menyaksikan penyertaan aktif daripada staf pelbagai jabatan di FPP, sekaligus mencerminkan semangat kebersamaan dan kecintaan terhadap negara dalam menyambut bulan kemerdekaan yang bakal menjelang. Bertemakan “Kemerdekaan”, para peserta tampil penuh semangat dan kreativiti dalam mendeklamasikan puisi masing-masing.
 
  
 
Sayembara ini turut menawarkan hadiah wang tunai dan saguhati kepada para pemenang. Berikut merupakan senarai pemenang Sayembara Puisi Merdeka READ@UNI FPP 2025:
Pertandingan ini telah dihakimi oleh Dr. Halis Azhan Mohd Hanafiah dari Jabatan Pendidikan Bahasa dan Kemanusiaan dan Dr. Suriani Ismail dari Jabatan Pemajuan Profesional dan Pendidikan Lanjutan yang merupakan pemenang Deklamasi Sajak Semarak Merdeka UPM tahun 2025, menjadikan penilaian lebih teliti dan profesional.
Tempat Pertama: Dr. Muhammad Asyraf Che Amat, Ketua Jabatan Pendidikan Kaunselor dan Psikologi Kaunseling
Tempat Kedua: En. Azizi Razali dari Pejabat Pentadbiran
Tempat Ketiga: En. Safiee Sulong dari Jabatan Pendidikan Sains dan Teknikal
 
Majlis turut diserikan dengan deklamasi puisi selingan daripada Prof. Madya Dr Wan Marzuki Wan Jaafar, Dekan FPP serta beberapa staf FPP yang turut menunjukkan bakat dan semangat dalam menghayati nilai kemerdekaan melalui seni puitis.
Program ini bukan sahaja memupuk apresiasi terhadap seni sastera, malah turut menjadi platform bagi menyuarakan semangat kemerdekaan melalui puisi dan retorik yang menyentuh jiwa.
Sayembara ini merupakan salah satu inisiatif di bawah program READ@UNI FPP dan menyokong aspirasi Malaysia MADANI, di samping menyemarakkan sambutan kemerdekaan di peringkat fakulti melalui penglibatan warga kampus secara inklusif dan bermakna.
 
 
 

Tarikh Input: 31/07/2025 | Kemaskini: 31/07/2025 | intanzuliana

PERKONGSIAN MEDIA

FAKULTI PENGAJIAN PENDIDIKAN
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397696100
-
F, (06:32:25am-06:37:25am, 09 Apr 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]