Fakulti Pengajian Pendidikan Menerima Anugerah Tempat Ketiga Program Semarak Merdeka UPM | FAKULTI PENGAJIAN PENDIDIKAN educ
» BERITA » Fakulti Pengajian Pendidikan Menerima Anugerah Tempat Ketiga Program Semarak Merdeka UPM

Fakulti Pengajian Pendidikan Menerima Anugerah Tempat Ketiga Program Semarak Merdeka UPM

Mungkin imej 8 orang, orang ramai dan teks
 
23 Ogos 2024, Serdang- Tahniah diucapkan kepada Fakulti Pengajian Pendidikan UPM kerana berjaya merangkul Anugerah Tempat Ketiga Keseluruhan bagi Program Semarak Merdeka 2024 Universiti Putra Malaysia Tahun 2024 anjuran Pusat Kebudayaan dan Kesenian UPM.
Antara anugerah yang berjaya diraih oleh Fakulti adalah:
1. Tempat Ketiga Keseluruhan Program Semarak Merdeka 2024 Universiti Putra Malaysia membawa pulang hadiah Geran Aktiviti Semarak Merdeka Tahun 2025 bernilai RM1000. 00
2. Naib Johan Pertandingan Kibar Jalur Gemilang membawa pulang hadiah wang tunai RM1000. 00
3. Tempat keenam Pertandingan Sayembara Puisi Semarak Merdeka Inter-PTJ - Dr Suriani Ismail
4. Tempat Kelapan Pertandingan Sayembara Puisi Semarak Merdeka Inter-PTJ - Dr Muhammad Zarif Hassan
5. Hadiah Khas Juri: Komitmen Pengurusan Terbaik dalam Pertandingan Kibar Jalur Gemilang
 
Mungkin imej 8 orang, dais dan teks
Syabas dan tahniah diucapkan kepada Fakulti Pengajian Pendidikan, UPM atas kejayaan yang berjaya diraih bagi Program Semarak Merdeka 2024 UPM kali ini.
Kejayaan ini semua tidak dapat dikecapi tanpa komitmen yang tinggi, kerjasama semua dan sokongan kewangan yang tidak pernah putus daripada semua ahli Fakulti.
Prof. Madya Dr. Wan Marzuki Wan Jaafar, Dekan FPP merakamkan ucapan tahniah di atas kejayaan ini. Menurut beliau, "Kejayaan ini bukti komitmen warga FPP untuk memperkukuh lagi ikatan persaudaraan dan semangat kerjasama dalam kalangan waganya. Program Semarak Merdeka ini perlu diteruskan agar dapat memberikan manfaat kepada warga UPM untuk meningkatkan nilai murni, penghayatan agama serta amalan warisan seperti adat dan adab bagi membina benteng diri terhadap sebarang ancaman serta pengaruh asking. Kemerdekaan yang kita kecapi pada hari ini bukan sekadar pencapaian sejarah, tetapi ia juga bukti kesepaduan, kekuatan bersama dan semangat yang tidak pernah pudar."
Mungkin imej satu orang atau lebih dan dais

Tarikh Input: 26/08/2024 | Kemaskini: 04/09/2024 | mohdsyafiq

PERKONGSIAN MEDIA

FAKULTI PENGAJIAN PENDIDIKAN
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397696100
-
X, (03:36:03am-03:41:03am, 24 Sep 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]