DUA PELAJAR FPP RAIH ANUGERAH BERPRESTIJ SEMASA KONVOKESYEN UPM KE-49 | FAKULTI PENGAJIAN PENDIDIKAN educ
» BERITA » DUA PELAJAR FPP RAIH ANUGERAH BERPRESTIJ SEMASA KONVOKESYEN UPM KE-49

DUA PELAJAR FPP RAIH ANUGERAH BERPRESTIJ SEMASA KONVOKESYEN UPM KE-49

 

 

Serdang, 29 November 2025 – Dua pelajar Fakulti Pengajian Pendidikan (FPP), Universiti Putra Malaysia, telah mengharumkan nama fakulti apabila menerima anugerah berprestij sempena Istiadat Konvokesyen UPM Ke-49 yang disempurnakan oleh Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj.
Nor Asfarina Isahyifiqa binti Isahhidun telah dipilih sebagai penerima Pingat Razlan Putra yang membawa pulang pingat emas, wang tunai berjumlah RM4,000.00 serta sijil penghargaan yang disampaikan dari Dato’ Seri Diraja Syed Razlan Ibni Syed Putra Jamalulail. Graduan ini bukan sahaja cemerlang dalam akademik, malah aktif dalam sukan dan merupakan atlet hoki Malaysia, sekali gus mencerminkan keupayaan pelajar FPP mencapai kecemerlangan secara holistik.
Turut membanggakan fakulti ialah penerimaan Anugerah Endowmen Sultan Idris Shah (Pascasiswazah) oleh Dr. Wang Xinzhi dari bidang Pendidikan Jasmani. Beliau menerima trofi dan sijil penghargaan daripada fakulti serta turut menerima pingat emas, wang tunai RM3,000.00 dan sijil yang ditaja oleh Tabung Endowmen Sultan Idris Shah. Pengiktirafan ini menzahirkan komitmen fakulti dalam melahirkan graduan penyelidikan berkualiti tinggi dan berimpak.
Mengulas mengenai kejayaan tersebut, Dekan Fakulti Pengajian Pendidikan menzahirkan rasa bangga dan penghargaan atas pencapaian kedua-dua penerima. “Kejayaan ini jelas membuktikan keupayaan FPP dalam memupuk kecemerlangan akademik, penyelidikan dan bakat kepimpinan selaras dengan peranan kami dengan moto FPP, Leading in Educational Studies. Pencapaian ini bukan sahaja mengangkat nama fakulti, tetapi juga menjadi inspirasi kepada seluruh warga pelajar,” katanya.
Fakulti Pengajian Pendidikan merakamkan setinggi-tinggi tahniah kepada kedua-dua penerima atas pengiktirafan ini dan berharap kejayaan mereka akan terus menjadi pemangkin kecemerlangan kepada para pelajar UPM pada masa hadapan.
 
  

 

Tarikh Input: 04/12/2025 | Kemaskini: 04/12/2025 | intanzuliana

PERKONGSIAN MEDIA

FAKULTI PENGAJIAN PENDIDIKAN
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397696100
-
X, (07:35:05am-07:40:05am, 21 Sep 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]