![]() |
![]() |
Serdang, 9 Novermber 2025 - Kelab Pendidikan Sains Rumah Tangga telah menganjurkan program "Annyeong Babybatch: Welcome Bestie to KPSRT" bertempat di Fakulti Pengajian Pendidikan, UPM. Program ini bertujuan untuk menyambut dan meraikan pelajar tahun pertama yang baharu ke program Bacelor Pendidikan Sains Rumah Tangga (BPSRTDK) dengan Kepujian. Di samping itu, program ini juga berperanan untuk merapatkan ukhuwah dan persaudaraan sesama ahli kelab bagi memperkemas dan memperkukuh kelab bagi kecemerlangan program dan jabatan.
![]() |
![]() |
![]() |
Program "Annyeong Babybatch: Welcome Bestie to KPSRT" ini dipengerusikan oleh pengarah program, Noor Amirah Abu Talhah, dengan kerjasama Presiden Kelab Pendidikan Sains Rumah Tangga, Mohamad Safwan Aiman Mohd Safrie Simon. Seramai 135 orang pelajar BPSRTDK telah menyertai program tahunan ini. Program rapat ukhuwah ini juga turut dihadiri oleh Ketua Jabatan Pendidikan Sains dan Teknikal, Ts. Dr. Mohd Hazwan Mohd Puad, Penasihat Kelab, Puan Anis Zakaria, serta pensyarah SRT, Dr. Rahimah Jamaluddin, bagi meraikan pelajar kohort baharu.
![]() |
![]() |
Aktiviti yang telah dianjurkan dapat menggalakkan semangat kerjasama dan berpasukan dalam kalangan pelajar sedia ada dan baharu, seterusnya membina ekosistem penbelajaran yang lebih efektif dalam bidang Pendidikan Sains Rumah Tangga dan Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET).
Tarikh Input: 12/11/2025 | Kemaskini: 12/11/2025 | anisnabilah

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA
43400 SERDANG
SELANGOR
03-97696200 (PascaSiswazah)
03-97696101 (PraSiswazah)