SABTU 19 SEPTEMBER 2020 – PROGRAM FPP CLEAN-UP DAY 2020
Sempena World Clean-Up Day (WCD) 2020, warga Fakulti Pengajian Pendidikan akan menjalankan aktiviti mengutip sampah di kawasan fakulti UPM dari jam 8.30 pagi sehingga 10.00 pagi. Warga UPM yang berkelapangan dijemput bersama-sama menjalankan aktiviti mengutip sampah untuk menjaga kelestarian alam. Aktiviti akan diteruskan ke tasik Jenderam Hilir, Dengkil selepas itu bagi mereka yang berminat.
Jutaan terima kasih atas kerjasama dan komitmen dari ahli pengurusan Fakulti Pengajian Pendidikan dalam memberi sokongan bagi program ini. Moga lebih maju FPP dengan penyebaran pendidikan dalam penjagaan kelestarian alam ke komuniti. Untuk maklumat lanjut boleh hubungi Dr Roxana Dev di 017-8877378.
Tarikh Input: 18/09/2020 | Kemaskini: 18/09/2020 | asyrafamin
UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA
43400 SERDANG
SELANGOR
03-9769 8111 (PascaSiswazah)
03-9769 8117 (PraSiswazah)