Projek Rintis Pertanian Bandar Inclusive Agro Untuk OKU Penglihatan Sebagai Inisiatif MoU UPM-MAB | FAKULTI PENGAJIAN PENDIDIKAN
» BERITA » Projek Rintis Pertanian Bandar Inclusive Agro untuk OKU Penglihatan sebagai Inisiatif MoU UPM-MAB

Projek Rintis Pertanian Bandar Inclusive Agro untuk OKU Penglihatan sebagai Inisiatif MoU UPM-MAB

Projek Rintis Pertanian Bandar Inclusive Agro untuk OKU Penglihatan sebagai Inisiatif MoU UPM-MAB
 
8 Mac 2024, Brickfields, Kuala Lumpur - Seramai 4 orang pegawai akademik dari Fakulti Pengajian Pendidikan, Sekolah Perniagaan dan Ekonomi serta Fakulti Sains Komputer dan Teknologi Maklumat, Universiti Putra Malaysia telah hadir selaku pakar rujuk Projek Rintis Pertanian Bandar Inclusive Agro di Dewan Ismail Md Salleh, Ibu Pejabat Persatuan bagi Orang Buta Malaysia (MAB).
Mereka terdiri daripada Prof. Madya Dr. Nor Wahiza Abdul Wahat (Ketua Projek) dan Dr. Normala Ismail dari Fakulti Pengajian Pendidikan (FPP), Puan Saadiatul Ibrahim dari Sekolah Perniagaan dan Ekonomi (SPE) serta TS. Dr. Ng Keng Yap dari Fakulti Sains Komputer dan Teknologi Maklumat (FSKTM). Sesi taklimat diketuai oleh Dr. Normala Ismail.
Turut hadir adalah Ketua Skuad Sukarelawan UPM-MAB dari Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan, Saaudari Ong Xin Yi. Sehingga kini, terdapat seramai 51 orang pelajar UPM telah berdaftar sebagai ahli Skuad Sukarelawan UPM-MAB ini. Pendaftaran telah diusahakan oleh Saudari Anisa Hanani binti Ahmad (Ketua Sukarelawan Skuad FPP), Farah Mazrin binti Mazlan, Nur Alia Sofiah binti Muhamad Azuan dan Norsadatinatul Asha binti Mohd Amdan (Ketua-Ketua Skuad Sukarelawan SPE) serta Ong Xin Yi (Ketua Skuad Sukarelawan FPSK).
Tujuan kehadiran kepakaran UPM tersebut adalah untuk memberikan taklimat kepada 20 orang OKU Penglihatan yang juga merupakan ahli MAB tentang perencanaan dan pelaksanaan Projek Rintis Pertanian Bandar ‘Inclusive Agro’ berasaskan Internet of Things (IOT) untuk OKU Penglihatan. Matlamat taklimat adalah untuk memperoleh pendaftaran seramai 20 orang OKU Penglihatan bagi projek rintis ini.

 

Tarikh Input: 14/03/2024 | Kemaskini: 18/03/2024 | mohdsyafiq

PERKONGSIAN MEDIA

FAKULTI PENGAJIAN PENDIDIKAN
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397698210
-
SXFDMAS~