Serdang, 29 Januari 2023 – Program University for Society (U4S) Zon Tengah di bawah geran Kementerian Pengajian Tinggi melibatkan Universiti Kebangsaan Malaysia, Universiti Putra Malaysia dan Universiti Pertahanan Nasional Malaysia telah menutup tirainya di Karnival U4S pada 29 Januari 2023. Karnival tersebut telah dirasmikan oleh YBhg. Dato' Mohd Sharil bin Abdullah mewakili Ketua Pengarah Jabatan Pendidikan Tinggi, Kementerian Pengajian Tinggi, Malaysia. UPM melalui projek Kebun Komuniti bagi tanaman penghalau nyamuk (AgroSe) di terajui oleh Fakulti Pertanian dan dibantu oleh Fakulti Pengajian Pendidikan (FPP) serta Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan telah berjalan selama hampir setahun melibatkan komuniti di Taman Prima Saujana, Kajang. Sub projek FPP diketuai oleh Dr. Engku Mardiah Engku Kamarudin bersama ahli pasukan Dr. Salina Mustakim, Dr. Zaida Nor Zainudin, Dr. Yusni Mohamad Yusop dan Dr. Wan Norhayati Wan Othman bertanggungjawab memberi kesedaran dan pendidikan pencegahan kepada komuniti.
Selain itu, aktiviti pemupukan motivasi, perubahan sikap dan komunikasi yang berkesan telah dilaksanakan bersama komuniti tersebut. FPP telah turut serta dalam pameran di Karnival U4S dan menerima penyertaan hampir 200 orang yang terdiri daripada pelbagai umur dan bangsa. Aktiviti yang mendapat sambutan adalah kuiz berkonsepkan 2M (Membaca & Menulis) iaitu pelawat perlu menjawab soalan berdasarkan informasi di pameran poster. Pengunjung yang menjawab semua betul boleh memilih hadiah dengan cara memutar wheel board untuk memenangi hadiah misteri. Pelbagai hadiah menarik disediakan seperti mug, keychain, fridge magnet dan doorknob hanger yang mengandungi info pencegahan denggi melalui tanaman penghalau nyamuk telah disediakan.
Tarikh Input: 31/01/2023 |
Kemaskini: 31/01/2023 | mohdsyafiq
PERKONGSIAN MEDIA