13 Nov 2019, KV(P) Teluk Intan- Delegasi dari Fakulti Pengajian Pendidikan (FPP) UPM yang diketuai oleh Dr. Nurzatulshima Kamarudin telah terlibat dalam Program Karnival Semarak Tani di Kolej Vokasional (Pertanian) Teluk Intan, Perak pada 11 dan 12 November 2019. Turut serta adalah Dr. Enio Kang Mohd Sufian Kang, Pn. Nurul Norzakiah Mohd. Nasir, Cik Ashana Shafie, Cik Siti Rahayu Ghafar, En. Ajarudin Yusof serta seorang alumni BPSP Cik Hani Nadhirah. Aktiviti yang dijalankan adalah bengkel Teknologi Hijau dalam Pertanian, Inovasi dan Pertanian Lestari ke Arah Sekuriti Makanan serta pameran dan jualan produk pertanian hijau. Peranan FPP UPM dalam kecemerlangan pendidikan sains pertanian di Malaysia dapat dikongsi dlm penyertaan kali ini.
Date of Input: 15/11/2019 | Updated: 15/11/2019 | asyrafamin
UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA
43400 SERDANG
SELANGOR
03-9769 8111 (PostGraduate)
03-9769 8117 (Undergraduate)