Mesyuarat Kali Kedua Projek Rintis Inclusive Agro UPM-MAB | FACULTY OF EDUCATIONAL STUDIES
» NEWS » Mesyuarat Kali Kedua Projek Rintis Inclusive Agro UPM-MAB

Mesyuarat Kali Kedua Projek Rintis Inclusive Agro UPM-MAB

Mesyuarat Kali Kedua Projek Rintis Inclusive Agro UPM-MAB



SERDANG, 19 APRIL 2024 - Mesyuarat Kali Kedua Universiti Putra Malaysia-Malaysian Association for the Blind (MAB) bagi Projek Rintis Inclusive Agro telah berlangsung pada 19 April 2024 di Putra Future Classroom, Fakulti Pengajian Pendidikan, Universiti Putra Malaysia. Tujuan utama mesyuarat adalah untuk menilai status projek komuniti tersebut.

Matlamat utama projek komuniti ini adalah untuk menghasilkan seramai 15 orang usahawan tani bandar dalam kalangan OKU Penglihatan.
Menurut Ketua Projek, PM Dr.Nor Wahiza Abdul Wahat dari Jabatan Pemajuan Profesional dan Pendidikan Lanjutan, Fakulti Pengajian Pendidikan, projek komuniti ini melibatkan kolaborasi kepakaran dari Fakulti Pengajian Pendidikan, Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan, Sekolah Perniagaan dan Pengajian Ekonomi, Fakulti Sains Komputer dan Teknologi Maklumat, Pusat Transformasi Komuniti Universiti dan Pusat Pertanian Putra.

Projek pertanian bandar yang bakal diusahakan adalah penanaman cendawan tiram kelabu oleh OKU Penglihatan dengan sokongan kepakaran dari UPM, ahli keluarga, Skuad Sukarelawan UPM-MAB dan IOT.
Wakil UPM pada mesyuarat kali ini adalah Dr.Normala Ismail dan Dr.Mageswari A/P Kunasegaran dari Fakulti Pengajian Pendidikan, PM Dr.Yusmadi Yah Che Jusoh daripada dan Ts Dr.Ng Keng Yap dari Fakulti Sains Komputer dan Teknologi Maklumat, Puan Ainul Mardiyyah Mohamed Ghazali dari Pusat Transformasi Komuniti Universiti dan Puan Zaliza binti Mahat serta pasukan dari Pusat Pertanian Putra.

Juga hadir adalah Saudari Anisa Hanani Ahmad selaku Ketua Skuad Sukarelawan UPM-MAB FPP.
Manakala wakil dari MAB adalah Ketua Pegawai Eksekutif, Y.Bhg Dato' George Thomas, Y.Bhg Datin Fauziah Ramly (Timbalan Presiden MAB), Puan Sumitha Thavanendran (Pengurus Kanan, Unit Penyelidikan dan Pembangunan), Dr.Lim Tien Hong (Pengurus Penempatan dan Strategi).

Date of Input: 30/04/2024 | Updated: 30/04/2024 | mohdsyafiq

MEDIA SHARING

FACULTY OF EDUCATIONAL STUDIES
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397698210
-
SXFVLAJ~