14-15 September 2020, Banting- Kolej Vokasional Sultan Abdul Samad (KVSAS) telah menganjurkan Kursus Pembinaan Item yang melibatkan 39 peserta daripada 10 buah kolej vokasional zon tengah. Matlamat kursus ini dijalankan adalah untuk meningkatkan penguasaan pensyarah dalam pembinaan item yang berkualiti serta menepati aras dan hasil pembelajaran yang digariskan dalam kurikulum program pengajian.Dua orang pensyarah telah dijemput sebagai penceramah pakar untuk kursus ini iaitu Dr. Rahimah Jamaluddin dan Dr. Enio Kang Mohd. Sufian Kang dari Jabatan Pendidikan Sains dan Teknikal, Fakulti Pengajian Pendidikan, UPM. Kursus selama dua hari ini turut dihadiri dua wakil dari BPLTV iaitu En. Mohd. Adzhari Mansor, selaku Ketua Penolong Pengarah, Unit Pentaksiran dan Penilaian Diploma Vokasional Malaysia dan En. Mohd. Asnawi Kamaludin. Menurut Pengarah KVSAS, Hjh Norhayati binti Hj Ab Wahab, program seperti ini perlu lebih kerap dijalankan bagi meningkatkan kompetensi pensyarah di kolej vokasional dengan pendekatan yang santai daripada tenaga pakar seperti dari UPM.
Date of Input: 18/09/2020 | Updated: 18/09/2020 | asyrafamin
UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA
43400 SERDANG
SELANGOR
03-9769 8111 (PostGraduate)
03-9769 8117 (Undergraduate)