Nibong Tebal, 18 April 2015 – Majlis Anugerah Tokoh Siswa 2014 telah diadakan di Kampus Kejuruteraan, Universiti Sains Malaysia (USM) yang dianjurkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia.
Seorang pelajar Bacelor Pendidikan (Pengajaran Bahasa Malaysia Sebagai Bahasa Pertama) iaitu Ling Tian Wong telah memenangi Kategori Anugerah Sukarelawan Pembangunan Belia Terbaik yang mendapat hadiah sebanyak RM1,000.00 beserta sijil dan trofi.
Beliau telah memberikan sumbangan tenaga dan bakti terhadap komuniti dalam pembangunan belia seperti membantu Jabatan Perdana Menteri untuk melancarkan program bersiri bertemakan kemasyarakatan di Kg. Baru seluruh Malaysia, menjadi wakil Malaysia untuk berinteraksi dalam pertukaran belia antarabangsa Malaysia-Indonesia dan sebagainya.
Kemenangan beliau ini sangat membanggakan warga Fakulti Pengajian Pendidikan dan Universiti Putra Malaysia amnya. Tahniah.
Date of Input: | Updated: | amir_peli
UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA
43400 SERDANG
SELANGOR
03-9769 8111 (PostGraduate)
03-9769 8117 (Undergraduate)