Siri Interaksi Dan Lawatan Kerja Bersama YBhg. Prof. Dr. Zamberi Sekawi, Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan Dan Inovasi) | FACULTY OF EDUCATIONAL STUDIES
» NEWS » Siri interaksi dan lawatan kerja bersama YBhg. Prof. Dr. Zamberi Sekawi, Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan Dan Inovasi)

Siri interaksi dan lawatan kerja bersama YBhg. Prof. Dr. Zamberi Sekawi, Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan Dan Inovasi)

Mungkin imej 16 orang dan dais

Serdang, 21 Mac - Siri interaksi dan lawatan kerja bersama YBhg. Prof. Dr. Zamberi Sekawi, Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan Dan Inovasi) telah diadakan bersama warga akademik Fakulti Pengajian Pendidikan UPM.
Siri interaksi ini dimulakan dengan pembentangan Pencapaian dan Hala Tuju Penyelidikan Fakulti Pengajian Pendidikan oleh Prof. Madya Dr. Wan Marzuki Wan Jaafar, Dekan Fakulti Pengajian Pendidikan. Menurut beliau, "Pelan Strategik Penyelidikan dan Inovasi telah diwujudkan di peringkat Fakulti antaranya adalah dana penerbitan kepada pegawai akademik. Inisiatif ini dilihat dapat membantu pencapaian KPI penyelidikan dan Inovasi pada tahun ini”.

Seterusnya sesi diteruskan oleh YBhg Prof. Dr. Zamberi Sekawi yang telah berkongsi berkenaan hala tuju strategik penyelidikan dan inovasi di UPM dan memberi ruang kepada pensyarah untuk bertukar pandangan mengenai ekosistem dan kaedah terbaik bagi membantu UPM meningkatkan pencapaian dalam penyelidkan dan inovasi.
Mungkin imej 12 orang, dais dan teks
Turut hadir sama di dalam sesi ini adalah Prof. Ir. Dr. Hj. Kamarul Arifin Ahmad pengarah Putra Science Park (PSP), Professor Ir. Ts. Dr. Mohamed Thariq bin Hameed Sultan, Pengarah Penerbit UPM dan En. Shahriman Bin Hashim, Ketua Pentadbiran Pejabat Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan Dan Inovasi).

Sesi interaksi ini di akhiri dengan lawatan delegasi ke Progressive Ignite 2 (PI2) Lounge iaitu bilik darjah pintar yang menekankan kepelbagaian kompetensi dalam kalangan pelajar dan penjanaan ilmu yang progresif. PI2 Lounge adalah satu inisiatif di bawah projek ‘Enhancing Education for Human Capital Development Through Establishing Future Learning Ecosystem’ atau MRUN.

Date of Input: 25/03/2024 | Updated: 25/03/2024 | mohdsyafiq

MEDIA SHARING

FACULTY OF EDUCATIONAL STUDIES
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397698210
-
SXEbPAE~