Latar Belakang JPS | FAKULTI PENGAJIAN PENDIDIKAN
» STAF (JABATAN) » Jabatan Pengajian Sukan » Latar Belakang JPS

Latar Belakang JPS

LATAR BELAKANG JABATAN

Jabatan Pengajian Sukan mula beroperasi pada 1 Mei 2004. Entiti asal jabatan ini ialah Unit Pendidikan Jasmani yang bernaung di bawah Jabatan Pendidikan (1979 - 2002) dan Jabatan Perlakuan dan Pergerakan Manusia (Jun 2002 - April 2004). Jabatan ini adalah teraju kepada pengajaran, penyelidikan dan penawaran program-program pengajian dalam disiplin ilmu Pendidikan Jasmani, Pendidikan Kesihatan dan Sains Sukan di Malaysia. Hala tuju Jabatan Pengajian Sukan adalah berdasarkan visi untuk memperoleh pengiktirafan antarabangsa sebagai pusat akademik dan rujukan yang unggul untuk bidang pendidikan pergerakan, sains sukan dan pendidikan kesihatan yang berasaskan pendekatan sains dan teknologi.


PENGAJARAN

Program Siswazah
Jabatan ini menawarkan program-program berikut di peringkat siswazah:
PhD - Pendidikan Jasmani dan Sains Sukan
MSc / MEd - Pendidikan Jasmani dan Sains Sukan

Program PhD memerlukan kerja kursus dan disertasi. Program Master adalah program 36 kredit yang ditawarkan melalui kursus dan tesis (MSc) atau melalui kerja kursus dan peperiksaan komprehensif (MEd). Penerimaan masuk ke program siswazah adalah kompetitif dan calon-calon perlu mempamerkan kebolehan melakukan kerja di peringkat siswazah.

Program Ijazah Bacelor Pendidikan
Program 4 tahun (130 kredit) ini menghasilkan graduan yang mempunyai pengiktirafan mengajar dalam sistem persekolahan awam di Malaysia.


PENYELIDIKAN

Penyelidikan merupakan kegiatan utama jabatan. Bidang khusus yang dikaji termasuk Pendidikan Jasmani, Pendidikan Kesihatan, Kecergasan, Pengujian dan Penilaian dalam Pendidikan Jasmani, Prestasi Motor, Psikologi Sukan, Pengurusan Sukan dan Kaedah Latihan Fizikal, Fisiologi Senam dan Pemakanan Sukan.


PERKHIDMATAN PERUNDINGAN DAN PENGEMBANGAN

Jabatan Pengajian Sukan membentuk jaringan kerjasama dengan institusi-institusi pembelajaran tempatan dan antarabangsa. Di antara institusi yang terlibat adalah seperti Kementerian Pelajaran, Kementerian Pengajian Tinggi, Kementerian Belia dan Sukan, Majlis Sukan Negara, Institut Sukan Negara, dan badan-badan bukan kerajaan (NGO) yang releven.

Untuk keterangan lanjut, sila hubungi:

Ketua
Jabatan Pengajian Sukan
Fakulti Pengajian Pendidikan
Universiti Putra Malaysia
43400 Serdang, Selangor.
+ Tel. : 03-9769 8151
+ Emel : borhannudin@upm.edu.my


 

 

Kemaskini:: 02/03/2023 [mohdsyafiq]

PERKONGSIAN MEDIA

FAKULTI PENGAJIAN PENDIDIKAN
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397698210
-
SXDdPAm~