Latar Belakang JAP | FAKULTI PENGAJIAN PENDIDIKAN
» STAF (JABATAN) » Jabatan Asas Pendidikan » Latar Belakang JAP

Latar Belakang JAP

LATAR BELAKANG JABATAN

Jabatan Asas Pendidikan (JAP) adalah satu daripada enam jabatan yang ditubuhkan apabila Fakulti Pengajian Pendidikan Universiti Putra Malaysia distruktur semula pada tahun 2002. JAP mempunyai misi untuk menjadi pusat penerokaan ilmu dan pembelajaran bertaraf dunia yang menyumbang kepada kemajuan manusia dalam bidang pendidikan. JAP bermatlamat melahirkan graduan yang cemerlang, menghasilkan penyelidikan berkualiti dan memberi khidmat profesional dalam bidang pendidikan.

PENGAJARAN

Kursus Peringkat Ijazah Bacelor Pendidikan
Jabatan ini tidak menawarkan program Ijazah Bacelor Pendidikan tetapi menawarkan pelbagai kursus teras dan elektif perguruan untuk Bacelor Pendidikan. Kursus teras ini adalah seperti:

  • Falsafah Pendidikan
  • Sosiologi Pendidikan
  • Psikologi Pendidikan
  • Teknologi Pendidikan
  • Pengujian dan Penilaian
  • Penyelidikan Pendidikan
  • Kepemimpinan Pendidikan
  • Kemahiran Berfikir
  • Latihan Mengajar bidang Major dan Tumpuan Kedua

Kursus elektif perguruan pula adalah seperti:

  • Pengenalan kepada Falsafah
  • Pendidikan Khas
  • Psikologi Pembelajaran
  • Psikologi Kanak-Kanak dan Remaja
  • Pengenalan Pendidikan Pelbagai Budaya
  • Inovasi pendidikan
  • Analisis Data
  • Pengurusan Pendidikan
  • Teori dan Amalan Kurikulum
  • Strategi Pembelajaran

Selain kemudahan pengajaran dan pembelajaran Fakulti, jabatan mempunyai dua buah Makmal Teknologi Pendidikan dan dua buah Makmal Pengajaran Mikro.

Program Siswazah
JAP menawarkan ijazah Sarjana Sains, Sarjana Pendidikan dan Kedoktoran dalam bidang berikut:

  • Pedagogi
  • Sosiologi Pendidikan
  • Psikologi Pendidikan
  • Kurikulum dan Pengajaran
  • Teknologi Pendidikan
  • Pentadbiran Pendidikan

PENYELIDIKAN

Para pensyarah JAP terlibat secara aktif dalam projek penyelidikan berkaitan dengan pendidikan. Projek penyelidikan ini dijalankan atas pembiayaan badan-badan peringkat kebangsaan dan antarabangsa.

Antara penyelidikan yang telah atau sedang dijalankan adalah Dasar dan Peluang Pendidikan Kanak-kanak Berisiko; Diagnosis Pemerolehan Kemahiran Asas Kanak-kanak; Kepercayaan dan Pengetahuan Kemahiran Guru, Keserasian Kepercayaan dan Amalan Guru; Efikasi Guru; Penilaian Sistem Pengurusan Sekolah Bestari; Penilaian Program NILAM; Keberkesanan Program Kelas Pemulihan; Enhancing Mathematics Learning for Lower Secondary School Students Using Multimedia Mathematics Courseware; Design and Development of Learning and Research Math Lab, Integrasi ICT dalam Pengajaran dan Pembelajaran di Sekolah Menengah Malaysia; Motivasi Kerja Staf Bahagian Teknologi Pendidikan dan Rangkaian, Kementerian Pelajaran Malaysia; Development of an Interactive Web-Based Learning Environment for Enhancing University Students’ Learning in General Chemistry; and Development of Computer-Supported Collaborative Learning (CSCL )Environment in an Educational Technology Course.

Para pensyarah juga banyak menyumbang artikel kepada jurnal dan buku teks pengajian tinggi. Antara jurnal antarabangsa yang pernah menerbitkan penulisan pensyarah JAP adalah Journal of Teacher Education, Journal of the Southern Psychologist, The Delta Pi Epsilon Journal, International Journal of Learning, International Journal of Leadership Education, Malaysian Online Journal of Instructional Technology dan British Journal of Educational Technology.

PERKHIDMATAN PERUNDINGAN DAN PENGEMBANGAN

JAP memberi perkhidmatan profesional dan konsultansi, mengendalikan kursus, bengkel dan seminar serta menerbitkan teks dan makalah dalam bidang pendidikan di peringkat kebangsaan dan antarabangsa. Antara agensi yang pernah menerima perkhidmatan JAP termasuklah Pusat Perkembangan Kurikulum, Bahagian Pendidikan Guru, Bahagian Teknologi Pendidikan, Bahagian Pendidikan Teknikal, Bahagian Matrikulasi, Biro Buku Teks, Lembaga Peperiksaan, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kementerian Pelajaran Malaysia, KEMAS, JAKIM, kolej-kolej swasta, LPPKN, YPEIM, Universiti Teknologi PETRONAS, UNICEF dan UNESCO.

Keterangan Lanjut Sila hubungi:

Ketua, Jabatan Asas Pendidikan
Fakulti Pengajian Pendidikan
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang, Selangor D.E.
+ Tel. : 603-9769 7908
+ Emel : afmy@.upm.edu.my 

 

 

Kemaskini:: 09/05/2019 [nazreenp]

PERKONGSIAN MEDIA

FAKULTI PENGAJIAN PENDIDIKAN
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397698210
-
B1566640764