Latar Belakang JPST | FAKULTI PENGAJIAN PENDIDIKAN
» STAF (JABATAN) » Jabatan Pendidikan Sains Dan Teknikal » Latar Belakang JPST

Latar Belakang JPST

Jabatan Pendidikan Sains dan Teknikal merupakan salah satu daripada enam jabatan di Fakulti Pengajian Pendidikan. Ditubuhkan pada tahun 2002, Jabatan ini berusaha ke arah kecemerlangan dalam pengajaran, penyelidikan, khidmat perundingan dan pengembangan dalam bidang:

  • Pendidikan Sains Pertanian
  • Pendidikan Sains Rumah Tangga
  • Pendidikan Teknologi Maklumat

PENGAJARAN

Program Ijazah Bacelor Pendidikan
Program Bacelor Pendidikan (Sains Pertanian) dan Bacelor Pendidikan (Sains Rumahtangga) merupakan program pertama ditawarkan oleh Jabtan Pendidikan Sains dan Teknikal. Jabatan ini kemudiannya menawarkan program Bacelor Pendidikan (Teknologi Maklumat). Ketiga-tiga program adalah 4 tahun dengan 130 jam kredit.

Jabatan juga menawarkan bidang tumpuan kedua atau bidang minor. Bidang tersebut adalah Pengajaran Kemahiran Hidup, Pendidikan Perdagangan, Pendidikan Keusahawanan, Pendidikan Matematik, Pendidikan Sains, dan Pendidikan Komputer dan Teknologi Maklumat.

Untuk malhirkan graduan yang berketrampilan, kurikulum program ini merangkumi kursus yang ditawarkan oleh Fakulti Pengajian Pendidikan dan kursus berkaitan yang diatawarkan oleh beberapa fakulti di UPM.

Fakulti tersebut ialah Fakulti Pertanian, Fakulti Sains Komputer dan Teknologi Maklumat, Fakulti Sains, Fakulti Bioteknologi dan Sains Biomolekul, Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan, Fakulti Ekologi Manusia, Fakulti Ekonomi dan Pengurusan, dan Fakulti Bahasa Modem dan Komunikasi.

Graduan yang mempunyai ijazah dalam program ini diberi pengiktirafan berkhidmat dalam sistem persekolahan awam di Malaysia.

Program Siswazah
Jabatan ini juga menawarkan program-program Doktor Falsafah (PhD), Master Sains (M.S) dan Master Pendidikan (M.Ed) di peringkat siswazah dalam bidang Pendidikan Teknikal dan Vokasional dengan pengkhususan dalam bidang Pendidikan Pertanian, Pendidikan Sains Rumah Tangga, Pengurusan Pendidikan Teknikal dan Vokasional, Pendidikan Perdagangan, Pendidikan Perniagaan dan Pendidikan Keusahawanan. Selain itu, Pendidikan Matematik dan Pendidikan Sains juga ditawarkan di bawah bidang Pedagogi.

Untuk program PhD, pelajar perlu mengikuti kerja kursus dan disertasi. Program Master Pendidikan pula adalah program yang memerlukan pelajar mengikuti 36 kredit kerja kursus dan menduduki peperiksaan komprehensif. Program Master Sains pula memerlukan pelajar mengikuti kerja kursus dan tesis.


KEMUDAHAN PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN

Jabatan menyediakan makmal untuk tujuan pengajaran dan pembelajaran. Makmal-makmal tersebut ialah:

  • Ladang Fakulti
  • Makmal Sains Pertanian
  • Makmal Teknologi Pakaian
  • Makmal Pengurusan Diri
  • Makmal Katering
  • Malmak Sains
  • Makmal Komputer Multimedia
  • Makmal Penyelenggaraan Komputer
  • Makmal Pengurusan Makanan
  • Makmal Rekacipta
  • Makmal Lukisan Teknik
  • Makmal Kerja Kayu dan Enjin
  • Makmal Elektrik dan Elektronik


PENYELIDIKAN

 

Penyelidikan merupakan salah satu kegiatan utama di Jabatan. Bidang khusus yang dikaji termasuk Pendidikan teknikal dan Vokasional, Pendidikan Pertanian, Pendidikan Sains Rumah Tangga, pengajaran Kemahiran Hidup, Pendidikan Perdagangan, Pendidikan Keusahawanan, Pendidikan Perakaunan, Pendidikan Ekonomi, Pendidikan Matematik dan Pendidikan Sains, dan Pendidikan Komputer dan Teknologi Maklumat.


KHIDMAT PERUNDINGAN DAN PENGEMBANGAN

 

Khidmat perundingan dan pengembangan telah melibatkan agensi sektor awam dan swasta seperti Kementerian Pelajaran Malaysia, Majlis Latihan Vokasional Kebangsaan, Dewan Bahasa dan Pustaka, dan Lembaga Akreditasi Negara.


STAF AKADEMIK

 

Jabatan ini mempunyai staf akademik yang terlatih di bidang yang ditawarkan. Sehingga kini, jabatan mempunyai 35 orang staf akademik.


Untuk keterangan lanjut sila hubungi:

Ketua
Jabatan Pendidikan Sains dan Teknikal

Fakulti Pengajian Pendidikan
Universiti Putra Malaysia
43400 Serdang, Selangor.
+ Tel. : 03-9769 7909
+ Emel : abmr@upm.edu.my

 

 

Kemaskini:: 09/05/2019 [nazreenp]

PERKONGSIAN MEDIA

FAKULTI PENGAJIAN PENDIDIKAN
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397698210
-
B1566129112