Latar Belakang JPBK | FAKULTI PENGAJIAN PENDIDIKAN
» STAF (JABATAN) » Jabatan Pendidikan Bahasa Dan Kemanusiaan » Latar Belakang JPBK

Latar Belakang JPBK

Jabatan Pendidikan Bahasa dan Kemanusiaan (JPBK) merupakan salah satu daripada enam jabatan di Fakulti Pengajian Pendidikan. Ditubuhkan pada tahun 2002, jabatan ini berusaha ke arah kecemerlangan dalam pengajaran, penyelidikan, khidmat perundingan dan pengembangan dalam bidang Pengajaran Bahasa Inggeris sebagai Bahasa Kedua (TESL), Pengajaran Bahasa Malaysia sebagai Bahasa Pertama (PBMP), Pendidikan Moral, Pendidikan Islam, Pengajaran Kesusasteraan dalama Bahasa Inggeris dan Pengajaran Kesusasteraan Melayu.


PENGAJARAN

Program Siswazah
Jabatan ini menawarkan program-program berikut di peringkat siswazah:
PhD - TESL, PBMP, Pendidikan Moral, Kurikulum dan Pengajaran (Pendidikan Islam)
MSc / MEd - TESL, PBMP, Kesusasteraan Melayu, Pendidikan Moral Kurikulum dan Pengajaran (Pendidikan Islam)

Program PhD memerlukan kerja kursus dan disertasi. Program Master adalah program 36 kredit yang ditawarkan melalui kursus dan tesis (MSc) atau melalui kerja kursus dan peperiksaan komprehensif (MEd). Penerimaan masuk ke program siswazah adalah kompetitif dan calon-calon perlu mempamerkan kebolehan melakukan kerja di peringkat siswazah.

Program Ijazah Bacelor Pendidikan
Program B.Pend. TESL dan PBMP merupakan program yang pertama ditawarkan di Malaysia dalam bidang masing-masing.

Kedua-dua program 4 tahun dan 130 kredit ini menghasilkan graduan yang mempunyai pengiktirafan mengajar dalam sistem persekolahan awam di Malaysia.

Jabatan ini juga bercadang menawarkan program baru, B.Pend. Pendidikan Moral dalam masa yang terdekat ini.


PENYELIDIKAN

Penyelidikan merupakan kegiatan utama jabatan. Bidang khusus yang dikaji termasuk Pengajaran Kesusasteraan, Pembacaan, Corpora Bahasa Pelajar, Pembinaan Bahan Pengajaran, Pendidikan Moral di Sekolah, Pemikiran Kritis dan Sistem Pendidikan Islam. Penyelidikan yang baharu diselesaikan adalah The English of Malaysian School Students: A Corpus Based Study, The Effects of Extensive Reading on Language and Literary Skills, and A Theory of Teaching and Learning of Gifted Children.


PERKHIDMATAN PERUNDINGAN DAN PENGEMBANGAN

Khidmat perundingan dan pengembangan telah melibatkan agensi sektor awam dan swasta seperti Kementerian Pelajaran Malaysia, Dewan Bahasa dan Pustaka dan Lembaga Akreditasi Negara. Jabatan juga menganjurkan The Malaysian International Conference on English Language teaching (MICELT) sekali setiap tahun (www.micelt.com.my)


Untuk keterangan lanjut, sila hubungi:

Ketua
Jabatan Pendidikan Bahasa dan Kemanusiaan
Fakulti Pengajian Pendidikan
Universiti Putra Malaysia
43400 Serdang, Selangor.
+ Tel. : 9769 7907
+ Emel : arasid@upm.edu.my

 

 

Kemaskini:: 09/05/2019 [nazreenp]

PERKONGSIAN MEDIA

FAKULTI PENGAJIAN PENDIDIKAN
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397698210
-
B1566125774