Sesi Perkongsian Penyelidikan Oleh Prof. Dr. Samsilah Roslan, Pegawai Akademik Di Jabatan Asas Pendidikan, FPP, UPM | FACULTY OF EDUCATIONAL STUDIES
» NEWS » Sesi Perkongsian Penyelidikan Oleh Prof. Dr. Samsilah Roslan, Pegawai Akademik di Jabatan Asas Pendidikan, FPP, UPM

Sesi Perkongsian Penyelidikan Oleh Prof. Dr. Samsilah Roslan, Pegawai Akademik di Jabatan Asas Pendidikan, FPP, UPM

May be an image of 9 people, people standing and headscarf

SERDANG - Pejabat Timbalan Dekan (Penyelidikan, Inovasi dan Pendanaan) (TDPIP) telah menganjurkan satu Sesi Perkongsian Penyelidikan Oleh Prof. Dr. Samsilah Roslan, Pegawai Akademik di Jabatan Asas Pendidikan, FPP, UPM pada 7 Mac 2023 (Selasa). Sesi ini telah dijalankan secara hybrid melalui google meet dan secara fizikal bertempat di Bilik Sidang, FPP yang melibatkan semua pegawai akademik di fakulti.
Bagi mencapai matlamat dalam membantu penyelidik untuk mendapatkan geran penyelidikan, Pejabat TDPIP dengan kerjasama Prof. Dr. Samsilah Roslan dalam usaha yang bersungguh-sungguh memberi pendedahan dan maklumat berdasarkan pengalamannya tentang peranan, cabaran dan cara mengatasi halangan yang dihadapi penyelidik dalam memperoleh dan menguruskan geran penyelidikan.
Berdasarkan taklimat ini, penyelidik lebih memahami langkah-langkah di peringkat awal yang perlu di ambil dalam memohon geran penyelidikan. Hal ini kerana penyelidik perlu mengenalpasti dana penyelidikan dan sumber-sumber lain, mengenal pasti masalah sebenar, menghubungkan solusi dengan kesesuaian implementasi, mengenali semua pihak yang terlibat, mengetahui kepentingan masing-masing dan cara mendapatkan kerjasama.
Selain itu, taklimat ini dapat melahirkan penyelidik yang berkualiti di samping memupuk minat untuk bekerja dalam bidang penyelidikan yang akan dilakukan.
 
May be an image of 8 people, people sitting, people standing and indoor
 

Date of Input: 30/03/2023 | Updated: 30/03/2023 | mohdsyafiq

MEDIA SHARING

FACULTY OF EDUCATIONAL STUDIES
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397698210
-
SXEYEAW~