Program Lens Of Knowledge 2.3: Colours With Community FPP Bersama SMK Dato' Abu Bakar Baginda | FACULTY OF EDUCATIONAL STUDIES
» NEWS » Program Lens of Knowledge 2.3: Colours With Community FPP bersama SMK Dato' Abu Bakar Baginda

Program Lens of Knowledge 2.3: Colours With Community FPP bersama SMK Dato' Abu Bakar Baginda

Mungkin imej 4 orang, dais dan teks  Mungkin imej 6 orang, pokok dan teks

Sepang, 11 September – Fakulti Pengajian Pendidikan (FPP) dan Sekolah Pengajian Siswazah, Universiti Putra Malaysia (UPM) telah menyertai Program Lens of Knowledge 2.3: Colours With Community yang berlangsung di Sekolah Menengah Kebangsaan Dato' Abu Bakar Baginda (SMKDABB).
Melalui program ini, FPP telah melaksanakan pembangunan Laman Herba serta mengadakan demonstrasi pembuatan Kokedama, melibatkan penyertaan hampir 23 orang murid bersama tiga orang guru pengiring. Penglibatan FPP diketuai oleh Pegawai Pertanian/Penyelaras Ladang, Encik Mohammad Sallehhuden Samah, bersama pasukan terdiri daripada Penolong Pegawai Pertanian Cik Siti Rahayu Abdul Ghafar, Cik Ashana Saffie, Encik Muhammad Taqiuddin Shith Mohd Shith Putera dan Encik Mohd Safiee Sulong. Menurut Encik Mohammad Sallehhuden, pembangunan Laman Ilmu Tani (Laman Herba) ini merupakan inisiatif untuk memperkasa pendidikan hijau dan menggalakkan gaya hidup lestari.
 
Mungkin imej 9 orang dan Adenium  Mungkin imej 4 orang dan teks
 
“Kami berharap Laman Herba ini dapat menjadi pusat ilmu dan rujukan bukan sahaja kepada pelajar, malah juga komuniti setempat. Melalui pendekatan pembelajaran berasaskan pengalaman, murid akan lebih memahami kepentingan tanaman herba dalam kehidupan harian dan pada masa yang sama memupuk kesedaran menjaga alam sekitar,” katanya. Penganjuran program ini turut memberi impak positif dengan mengeratkan hubungan antara sekolah, pelajar dan masyarakat. Selain itu, ia memberikan nilai tambah dari segi pengetahuan, kemahiran serta meningkatkan kesedaran mengenai kepentingan memelihara alam sekitar. Dalam ucapannya, Pengetua SMKDABB menyampaikan penghargaan kepada semua pihak yang terlibat, khususnya rakan kerjasama dan komuniti setempat yang menjayakan program ini. Beliau menegaskan bahawa inisiatif sebegini mampu membentuk generasi pelajar yang lebih prihatin, kreatif dan berdaya saing. Program Lens of Knowledge 2.3: Colours With Community diharap menjadi pencetus kepada lebih banyak usaha bersama dalam memperkukuh jaringan sekolah–komuniti serta memupuk budaya hijau dalam kalangan generasi muda.

Date of Input: 18/09/2025 | Updated: 18/09/2025 | intanzuliana

MEDIA SHARING

FACULTY OF EDUCATIONAL STUDIES
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397696100
-
X, (01:14:15am-01:19:15am, 12 Jun 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]