Pelantikan Pakar Fakulti Pengajian Pendidikan Sebagai Pakar Rujuk & Panel Penilai Dashboard H.E.M.A.T., Jabatan Perkhidmatan Awam | FACULTY OF EDUCATIONAL STUDIES
» NEWS » Pelantikan Pakar Fakulti Pengajian Pendidikan Sebagai Pakar Rujuk & Panel Penilai Dashboard H.E.M.A.T., Jabatan Perkhidmatan Awam

Pelantikan Pakar Fakulti Pengajian Pendidikan Sebagai Pakar Rujuk & Panel Penilai Dashboard H.E.M.A.T., Jabatan Perkhidmatan Awam

May be an image of 8 people and text  May be an image of 4 people, dais and text
 
Kuala Lumpur, 18 September 2025 – Satu lagi pencapaian membanggakan Fakulti Pengjian Pendidikan (FPP) dan Institut Pengajian Sains Sosial apabila empat orang pegawai telah dilantik secara rasmi oleh Jabatan Perkhidmatan Awam Negara sebagai Pakar Rujuk dan Panel Penilai Dashboard H.E.M.A.T. – sebuah instrumen pemantauan prestasi sektor awam yang berteraskan nilai Hijrah Tata Kelola, Empati Rakyat, Minda Pekin, Apresiasi Inovasi, dan Telus Tadbiran (H.E.M.A.T.).
Pengumuman berprestij ini telah disempurnakan dalam Program Bitara INTAN: Bicara Aspirasi H.E.M.A.T. yang berlangsung di INTAN Bukit Kiara, dengan penyampaian pelantikan oleh YBhg. Tan Sri Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (KPPA).
Dalam majlis tersebut, Naib Canselor Universiti Putra Malaysia, YBhg. Prof. Dato’ Dr. Ahmad Farhan Mohd Sadullah, telah diwakili oleh Prof. Dr. Ismi Arif Ismail, yang menerima surat pelantikan dan sijil penghargaan bagi pihak universiti. Penyerahan ini merupakan simbolik pengiktirafan terhadap penyertaan dan sumbangan warga UPM dalam pembangunan Dashboard H.E.M.A.T.
Mereka yang menerima pelantikan tersebut ialah Dr. Siti Nur Syuhada Musa (Ketua Pakar Rujuk & Panel Penilai) bersama YBhg. Prof. Dr. Ismi Arif Ismail, Dr. Ahmad Aizuddin Md Rami dan Prof. Madya Dr. Jeffery Lawrence.
Pelantikan untuk tempoh 2025 – 2027 ini menandakan kepercayaan tinggi kerajaan terhadap kepakaran akademik UPM dalam merangka sistem penilaian, membangunkan rubrik pemarkahan, serta melaksanakan penilaian prestasi agensi yang terlibat dengan inisiatif H.E.M.A.T.
Peranan besar ini bukan sahaja mengukuhkan agenda reformasi sektor awam, malah menjadi bukti nyata bahawa kepakaran penyelidikan dan akademik FPP UPM terus diiktiraf di peringkat nasional dalam memperkukuh amalan tadbir urus berintegriti, penyampaian perkhidmatan berkesan, dan inovasi dasar awam merentas kementerian serta agensi.
Fakulti dan universiti menzahirkan setinggi-tinggi tahniah atas pengiktirafan ini, sekali gus menjulang nama UPM sebagai peneraju ilmu yang memberi impak kepada kemajuan tadbir urus negara dan kesejahteraan rakyat.
📌 Program Bitara INTAN: Bicara Aspirasi H.E.M.A.T.
📅 18 September 2025 | ðŸ•˜ 8.30 pagi – 1.00 tengah hari
📍 INTAN Bukit Kiara, Kuala Lumpur
✨ UPM terus unggul, membina kecemerlangan negara melalui ilmu dan kepakaran.

Date of Input: 25/09/2025 | Updated: 25/09/2025 | intanzuliana

MEDIA SHARING

FACULTY OF EDUCATIONAL STUDIES
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397696100
-
X, (01:01:30am-01:06:30am, 12 Jun 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]