
KOTA KINABALU, 17 Mei 2025 – Majlis Makan Malam Jelajah Alumni Fakulti Pengajian Pendidikan (FPP), Universiti Putra Malaysia (UPM) yang berlangsung di Courtyard Hotel di sini baru-bari ini, telah mencipta momen penuh bermakna dengan kehadiran alumni FPP.
Bertemakan “Mengimbau Kenangan, Menjalin Masa Depan”, majlis ini bukan sahaja menjadi medan mempererat ukhuwah antara alumni pelbagai generasi, malah turut menjadi platform memperkukuh jaringan profesional dalam bidang pendidikan.
Menurut Prof Madya Dr Wan Marzuki Wan Jaafar, Dekan FPP, objektif utama majlis ini adalah untuk menghimpunkan semula alumni FPP UPM yang kini telah berbakti dalam pelbagai sektor pendidikan di seluruh negara, terutamanya di Sabah. Inisiatif ini juga dilihat sebagai satu usaha memperkasa komuniti alumni untuk terus menyumbang secara aktif kepada pembangunan fakulti dan universiti.

“Alumni merupakan aset penting yang menjadi jambatan antara institusi dan masyarakat. Melalui program seperti ini, kita dapat menyemai semula semangat kebersamaan dan membina jalinan strategik untuk masa depan pendidikan negara,” ujar beliau lagi.
Pihak Fakulti merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua yang telah menjayakan program ini, termasuk barisan alumni dan rakan kerjasama.
Majlis ini merupakan sebahagian daripada siri jelajah alumni FPP UPM yang dirancang di beberapa lokasi seluruh negara sebagai langkah memperkukuh hubungan alumni serta membuka ruang kerjasama dalam pelbagai inisiatif akademik, profesional dan komuniti.
Date of Input: 20/05/2025 |
Updated: 20/05/2025 | intanzuliana
MEDIA SHARING