Lawatan Awal Ke Rumah Kanak-Kanak Tengku Ampuan Afzan (RUKTAA) | FACULTY OF EDUCATIONAL STUDIES
» NEWS » lawatan awal ke Rumah Kanak-Kanak Tengku Ampuan Afzan (RUKTAA)

lawatan awal ke Rumah Kanak-Kanak Tengku Ampuan Afzan (RUKTAA)

 
Raub, 10 Julai 2024 - Penyelidik daripada Fakulti Pengajian Pendidikan Universiti Putra Malaysia diketuai oleh Dr. Nur Aimi Nasuha Burhanuddin bersama Profesor Madya Dr. Nur Aniza Ahmad dan Profesor Pelawat UPM, Profesor Maria Jose Lera Rodriguez telah mengadakan lawatan awal ke Rumah Kanak-Kanak Tengku Ampuan Afzan (RUKTAA) yang bertujuan untuk membincangkan keperluan terperinci kanak-kanak di RUKTAA dari segi psikologi dan pendidikan mereka. Perbincangan ini disambut baik oleh Penyelia, Puan Malidawati Mamat, Penolong Pengetua, Puan Jariah Hashim, Warden pelajar Sunizawaty Azik, Amiruddin Abdullah dan Kerani Pentadbiran, Nur Amerulzanie Kamaruddin.
Penyelidik UPM juga turut dibawa melawat Centre of Innovation Tengku Ampuan Afzan (CINTAA), fasiliti yang disediakan untuk memberi pendedahan kepada pelajar tentang asas elektronik, robotik dan programming. Fasiliti ini yang juga merupakan Hub Inovasi kepada sekolah sekitar daerah Raub turut memberi peluang kepada pelajar untuk meneroka kreativiti dah kemahiran inovasi mereka ke persada antarabangsa.
 
 

Date of Input: 31/07/2024 | Updated: 31/07/2024 | mohdsyafiq

MEDIA SHARING

FACULTY OF EDUCATIONAL STUDIES
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397696100
-
X, (01:10:45am-01:15:45am, 12 Jun 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]