

Bukit Angkat, Kajang, 16 April 2023 - Kolaborasi berterusan dengan Yayasan Food Bank Malaysia dan Jabatan Pemajuan Profesional dan Pendidikan Lanjutan
Alhamdulillah. Pihak jabatan meneruskan kolaborasi bersama Yayasan Food Bank Malaysia melalui aktiviti penyediaan bubur lambuk dan juga pembungkusan material sumbangan bersama para sukarelawan dari pelbagai NGO. Aktiviti ini disertai oleh ketua jabatan, Prof.Madya Dr.Nor Wahiza Abdul Wahat dan ahli Chapter Alumni JPPPL iaitu Saudari Shafarina Abdul Wahab.
Edaran sebanyak 50 pek bubur lambuk telah disantuni oleh Pengetua KOSASS PM Dr. Mohd Mursyid Arshad dan para pelajar beliau.
Date of Input: 30/04/2023 |
Updated: 30/04/2023 | mohdsyafiq
MEDIA SHARING