FPP Laksana Program Kelestarian Hijau Sempena Kemasukan Pelajar Baharu, Selaras Aspirasi Hari Cuci Malaysia | FACULTY OF EDUCATIONAL STUDIES
» NEWS » FPP Laksana Program Kelestarian Hijau Sempena Kemasukan Pelajar Baharu, Selaras Aspirasi Hari Cuci Malaysia

FPP Laksana Program Kelestarian Hijau Sempena Kemasukan Pelajar Baharu, Selaras Aspirasi Hari Cuci Malaysia

 

Serdang, 29 September 2025 – Fakulti Pengajian Pendidikan (FPP), Universiti Putra Malaysia (UPM) telah melaksanakan Program Kelestarian Hijau (Gotong-Royong Perdana – GORO) yang melibatkan semua warga fakulti dalam usaha memastikan fasiliti fakulti berada dalam keadaan bersih, ceria dan teratur menjelang kemasukan pelajar baharu.
Program ini berlangsung dari jam 8.30 pagi hingga 4.00 petang, meliputi keseluruhan kawasan fakulti termasuk bilik kuliah, auditorium, makmal, serta Ladang Pendidikan FPP. Usaha ini memberi penekanan kepada aspek kebersihan, keceriaan dan kesediaan fasiliti bagi memastikan pengalaman pembelajaran yang kondusif kepada pelajar baharu mahupun sedia ada.
Menurut pihak pengurusan FPP, program ini bukan sahaja berperanan meningkatkan keteraturan fasiliti fakulti, malah selari dengan aspirasi Hari Cuci Malaysia yang disambut di seluruh negara. “Hari Cuci Malaysia bukan sahaja menjadi platform memperkukuh semangat kesukarelawanan dan kebersamaan, malah memperlihatkan komitmen warga FPP terhadap kebersihan, kelestarian alam sekitar dan aspirasi global dalam menangani pencemaran sisa,” jelas kenyataan itu.
Penganjuran GORO di FPP mencerminkan iltizam warga fakulti untuk menyokong agenda nasional dalam menjaga kelestarian alam sekitar, di samping mengukuhkan budaya kerjasama dan tanggungjawab bersama terhadap persekitaran universiti.

Date of Input: 10/10/2025 | Updated: 10/10/2025 | intanzuliana

MEDIA SHARING

FACULTY OF EDUCATIONAL STUDIES
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397696100
-
X, (01:03:54am-01:08:54am, 12 Jun 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]