BENGKEL SIRI 2 UNI@MADANI: KRAF KREATIF FABRIK TERPAKAI BERI SINAR BAHARU KEPADA KOMUNITI | FACULTY OF EDUCATIONAL STUDIES
» NEWS » BENGKEL SIRI 2 UNI@MADANI: KRAF KREATIF FABRIK TERPAKAI BERI SINAR BAHARU KEPADA KOMUNITI

BENGKEL SIRI 2 UNI@MADANI: KRAF KREATIF FABRIK TERPAKAI BERI SINAR BAHARU KEPADA KOMUNITI

Mungkin imej 3 orang dan teks  Mungkin imej 10 orang dan teks

Serdang, 23 Ogos 2025 – Fakulti Pengajian Pendidikan (FPP), Universiti Putra Malaysia (UPM) sekali lagi meneruskan komitmen terhadap pembangunan komuniti melalui penganjuran Bengkel Siri 2 Uni@MADANI: Kraf Kreatif Fabrik Terpakai. Program ini menghimpunkan seramai 50 peserta terdiri daripada golongan ibu tunggal, orang kurang upaya (OKU), serta suri rumah daripada keluarga B40 dan asnaf.
Bertemakan “Pemberdayaan Wanita, Kelestarian Alam, Penjanaan Pendapatan”, bengkel ini berlangsung di Makmal Teknologi Pakaian, Fakulti Pengajian Pendidikan UPM.
Program bermula dengan ceramah bertajuk “Kraf Kreatif Lestari: Jiwa dalam Jahitan, Nilai dalam Ciptaan” yang disampaikan oleh Dr. Sharifah Intan Sharina binti Syed Abdullah. Ceramah tersebut menekankan kepentingan kelestarian kepada individu, masyarakat dan negara, serta peranan bidang fesyen dalam menyokong agenda kelestarian melalui inovasi kraf kreatif.
 
Mungkin imej 6 orang, hospital dan teks  Mungkin imej 2 orang dan teks
 
Selepas itu, peserta menyertai sesi Bengkel Jahitan Praktikal yang dikendalikan oleh Pn. Noor Hayati Jamaluddin. Dalam sesi berkenaan, para peserta menghasilkan projek EcoMat Serbaguna dengan menggunakan fabrik terpakai, sekali gus memperkenalkan konsep upcycling – menghidupkan kembali fabrik lama menjadi produk baru yang berguna untuk kegunaan harian.
Bengkel ini bukan sahaja memperkasa peserta dengan kemahiran teknikal, malah menanam nilai kesedaran terhadap kelestarian serta potensi kraf kreatif sebagai sumber penjanaan pendapatan. Peserta pulang dengan hasil jahitan sendiri, di samping semangat untuk terus berinovasi dan berkarya.
Fakulti Pengajian Pendidikan UPM merakamkan penghargaan dan tahniah kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan program ini. Diharapkan siri bengkel seterusnya akan terus memberi impak positif kepada komuniti, seiring dengan aspirasi Uni@MADANI.

Date of Input: 28/08/2025 | Updated: 28/08/2025 | intanzuliana

MEDIA SHARING

FACULTY OF EDUCATIONAL STUDIES
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397696100
-
X, (01:14:37am-01:19:37am, 12 Jun 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]