Bengkel Pemantapan Proposal Fundamental Research Grant Scheme (FRGS) Dan Geran Putra Universiti Putra Malaysia (UPM) | FACULTY OF EDUCATIONAL STUDIES
» NEWS » Bengkel Pemantapan Proposal Fundamental Research Grant Scheme (FRGS) dan Geran Putra Universiti Putra Malaysia (UPM)

Bengkel Pemantapan Proposal Fundamental Research Grant Scheme (FRGS) dan Geran Putra Universiti Putra Malaysia (UPM)


Serdang - Pejabat Timbalan Dekan (Penyelidikan, Inovasi dan Pendanaan) (TDPIP) telah menganjurkan satu Bengkel Pemantapan Proposal Fundamental Research Grant Scheme (FRGS) dan Geran Putra Universiti Putra Malaysia (UPM) pada 10 Februari 2023 (Jumaat) bertempat di Qhub, Fakulti Pengajian Pendidikan (FPP) melibatkan pegawai akademik di fakulti. Taklimat telah disampaikan oleh Prof. Ts. Dr. Wong Su Luan.
Bagi mencapai matlamat bengkel, Pejabat TDPIP dalam usaha memberi pendedahan dan maklumat kepada penyelidik Geran FRGS dan Geran Putra UPM dengan usaha sama pegawai akademik yang berpengalaman dalam menguruskan geran penyelidikan yang berkualiti. Penyelidik telah diberikan pelbagai perkongsian dan tips bagaimana untuk menghasilkan penulisan geran yang berkesan. Selain itu, penceramah juga menjelaskan berkenaan peraturan, panduan, cara penilaian, dan mengetahui kelayakan untuk memohon geran-geran yang tertentu.
Tujuan bengkel ini diadakan adalah untuk berkongsi kaedah dalam membina proposal berdasarkan elemen penilaian dan pemantauan proposal geran FRGS dan Geran Putra UPM. Antara objektif bengkel termasuklah memberi kemahiran menyediakan proposal dan penulisan geran penyelidikan, berkongsi garis panduan dalam memohon geran penyelidikan, cara menguruskan bajet geran penyelidikan dan penilaian permohonan geran penyelidikan.
Akhir sekali, diharapkan bengkel ini dapat meningkatkan kefahaman dalam menghasilkan proposal dan penulisan Geran FRGS dan Geran Putra UPM yang berimpak dengan berlandaskan garis panduan yang tepat. Selain itu, bengkel ini dapat menggalakkan lagi permohonan penyelidikan sekaligus dapat meningkatkan peratusan penyelidik. Diharapkan juga bengkel seperti ini dapat dilakukan lagi pada masa akan datang kerana usaha ini akan menghasilkan penyelidik yang berkaliber dan disegani di Fakulti dan juga Universiti.

Date of Input: 20/02/2023 | Updated: 20/02/2023 | mohdsyafiq

MEDIA SHARING

FACULTY OF EDUCATIONAL STUDIES
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397698210
-
SXDcTAn~