Audit Dalaman Bagi Skop Penilaian Pengajaran Di Bawah Sistem Pengurusan Keselamatan Maklumat (ISMS) MS ISO/IEC 27001:2013 | FACULTY OF EDUCATIONAL STUDIES
» NEWS » Audit Dalaman bagi Skop Penilaian Pengajaran di bawah Sistem Pengurusan Keselamatan Maklumat (ISMS) MS ISO/IEC 27001:2013

Audit Dalaman bagi Skop Penilaian Pengajaran di bawah Sistem Pengurusan Keselamatan Maklumat (ISMS) MS ISO/IEC 27001:2013

 
 
8 Mei 2025, Serdang – Fakulti Pengajian Pendidikan, Universiti Putra Malaysia telah menjalani Audit Dalaman bagi Skop Penilaian Pengajaran di bawah Sistem Pengurusan Keselamatan Maklumat (ISMS) MS ISO/IEC 27001:2013 pada hari ini. Audit tersebut telah dikendalikan oleh Puan Rahiza Abu Hanafiah, Penolong Pendaftar Kanan dari Pusat Asasi Sains, UPM.
Audit ini merupakan sebahagian daripada usaha berterusan fakulti untuk memastikan pematuhan terhadap standard pengurusan keselamatan maklumat yang ditetapkan, khususnya dalam aspek pengajaran dan pembelajaran. Proses audit berjalan lancar dengan kerjasama yang baik antara auditor dan pihak fakulti.
 
 
Melalui audit ini, beberapa penambahbaikan telah dikenal pasti, yang akan membantu memperkukuhkan lagi sistem pengurusan keselamatan maklumat di fakulti. Fakulti Pengajian Pendidikan komited untuk terus mengekalkan tahap kecemerlangan dalam pengurusan maklumat serta menyediakan persekitaran pengajaran yang selamat dan efisien.

Date of Input: 09/05/2025 | Updated: 09/05/2025 | intanzuliana

MEDIA SHARING

FACULTY OF EDUCATIONAL STUDIES
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397696100
-
X, (12:09:45pm-12:14:45pm, 06 Jun 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]