Mobiliti | FAKULTI PENGAJIAN PENDIDIKAN
» JARINGAN » Mobiliti

Mobiliti

UPM menawarkan program mobiliti bagi memenuhi keperluan pelajar antarabangsa yang ingin menghabiskan satu semester atau satu tahun pengajian di Malaysia. Program ini juga memberi peluang yang sama kepada pelajar tempatan yang ingin merasai pengalaman belajar di  luar negara. Sehingga Februari 2012, UPM telah menandatangani 96 Memorandum Persefahaman (MoU) bagi membudayakan program mobiliti pelajar dengan universiti-universiti seluruh dunia.

Dengan melibatkan diri dalam program mobiliti sedemikian, para pelajar akan memperoleh pengetahuan baharu, kefahaman budaya, kematangan dan rakan-rakan baharu. Mobiliti pelajar ialah sebuah program yang menggalakkan pertukaran pelajar di antara dua institusi dalam tempoh satu atau dua semester. Di dalam tempoh ini, kebiasaannya pemindahan kredit bagi program pengajian yang sedang dipelajari adalah dibenarkan Pertukaran ini mampu memberi pengalaman akademik yang amat berguna kepada pelajar yang terlibat.

Jenis Program Mobiliti

a.  Program pertukaran (1 atau 2 semester)
b.  Program jangka pendek (2 minggu atau lebih)
c.  Program latihan praktikal (2 minggu ke 6 bulan)
d.  Program latihan industri / penyelidikan (2 minggu atau lebih)
e.  Lawatan (kurang dari 2 minggu)

 

Kemaskini:: 20/03/2014 [zalilateh]

PERKONGSIAN MEDIA

B1566641629