Master Dan PhD Bimbingan Dan Kaunseling | FAKULTI PENGAJIAN PENDIDIKAN
» Master dan PhD Bimbingan dan Kaunseling

Master dan PhD Bimbingan dan Kaunseling

BIMBINGAN DAN KAUNSELING

Nama Penyelaras :

Dr. Asmah Ismail

E-mel : asmahis@upm.edu.my 

Master Pendidikan Bimbingan dan Kaunseling dan Master Sains Bimbingan dan Kaunseling

 Program Master Pendidikan Bimbingan dan Kaunseling dan Master Sains Bimbingan dan Kaunseling yang ditawarkan di UPM merupakan perintis kepada program kaunseling di Malaysia. Struktur kurikulum adalah berasaskan kepada Piawaian dan Kelayakan Latihan Kaunselor oleh Lembaga Kaunselor (Malaysia). Bagi kedua-dua program, pelajar boleh mendaftar secara sepenuh masa atau separuh masa dengan melengkapkan jumlah kredit kursus sebanyak 51 jam bagi Master Pendidikan Bimbingan dan Kaunseling; dan 58 jam bagi Master Sains Bimbingan dan Kaunseling termasuk praktikum, internship dan disertasi/tesis dalam tempoh masa yang ditetapkan. Kedua-dua program akan melentur pelajar untuk menjadi kaunselor di pelbagai seting pekerjaan kerajaan dan swasta sama ada sekolah, agensi dalam komuniti ataupun insitusi pendidikan tinggi. Kesemua tenaga akademik merupakan kaunselor berdaftar dengan perakuan amalan, dan mempunyai kepakaran meluas dalam bidang fokus masing-masing. 
Objektif Pendidikan Program 

Matlamat program dengan cadangan penamaan semula iaitu Master Kaunseling adalah untuk menghasilkan:

  1. Kaunselor profesional yang berpengetahuan luas di pelbagai seting pekerjaan;
  2. Kaunselor profesional yang berketerampilan dan berkemahiran tinggi dalam membangunkan masyarakat melalui amalam kreatid san inovatif;
  3. Kaunselor profesional yang berkredibiliti menjalankan penyelidikan dan pembangunan dalam bidang kaunseling di pelbagai seting.

 

Ph.D. Bimbingan dan Kaunseling

Program Ph.D. Bimbingan dan Kaunseling yang ditawarkan di UPM merupakan perintis kepada pengajian peringkat tertinggi dalam bidang bimbingan dan kaunseling di Malaysia. Program ini juga diiktiraf oleh Lembaga Kaunselor (Malaysia). Bagi program ini, pelajar perlu melengkapkan jumlah kredit minimum kursus iaitu sebanyak 10 jam dan sebuah tesis. Program ini akan menyediakan pelajar untuk menjadi kaunselor pakar dan penyelidik yang berkemahiran tinggi dengan kepakaran pelbagai dalam bidang bimbingan dan kaunseling.

Program Non-Graduating

Program Non-Graduating merupakan platform penambahan ilmu atau pelengkapan keperluan khusus individu bagi memenuhi Piawaian dan Kelayakan Latihan Kaunselor oleh Lembaga Kaunselor (Malaysia). Pelajar perlu lulus dengan memperolehi sekurang-kurangnya gred B bagi kursus yang didaftarkan. Syarat bagi melayakkan seseorang individu untuk mengikuti program ini ialah warganegara Malaysia serta mempunyai surat keperluan penambahan kursus daripada Lembaga Kaunselor (Malaysia).

 

 

Kemaskini:: 25/09/2023 [idayu]

PERKONGSIAN MEDIA

FAKULTI PENGAJIAN PENDIDIKAN
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397698210
-
SXDdBAd~