SEMINAR SUPPORTING CONSTRUCTIVE VIDEO-BASED LEARNING: FROM EXPLORATORY STUDIES TO NUDGES | FAKULTI PENGAJIAN PENDIDIKAN
» BERITA » SEMINAR SUPPORTING CONSTRUCTIVE VIDEO-BASED LEARNING: FROM EXPLORATORY STUDIES TO NUDGES

SEMINAR SUPPORTING CONSTRUCTIVE VIDEO-BASED LEARNING: FROM EXPLORATORY STUDIES TO NUDGES

Seminar ini adalah anjuran Jabatan Asas Pendidikan (JAP) dengan kerjasama Prof. Dr. Antonija Mitrovic dari University of Canterbury, New Zealand pada 10 November 2017 yang melibatkan penyertaan dari pensyarah dan pelajar.

Active Video Watching (AVW) merupakan suatu platform yang dibina bagi pengajar untuk mengajar pelajar tentang kemahiran insaniah khasnya presentation skills secara konstruktif melalui tontonan video secara aktif. Ia dibina dengan pendekatan interaktif reflective prompts yang boleh menyokong keterlibatan pelajar secara aktif semasa menonton video serta membuat refleksi untuk menambahbaik kefahaman konsepsual tentang kemahiran insianiah khasnya kemahiran persembahan (presentation skills).

AVW-Space dibina berlandaskan teori bahawa menonton video secara aktif dan disokong oleh reflective prompts boleh meningkatkan kefahaman pelajar tentang kemahiran persembahan serta meningkatkan keupayaan mereka untuk merancang persembahan pada masa akan datang. Hasil kajian mendapati terdapat peningkatan kefahaman konsepsual terhadap kemahiran persembahan dalam kalangan pelajar yang meninggalkan komen pada video dan menilai (rate) komen lain. Manakala tiada peningkatan pengetahuan dalam kalangan pelajar yang menonton video secara pasif.

Tarikh Input: 17/11/2017 | Kemaskini: 17/11/2017 | ctnoorain

PERKONGSIAN MEDIA

FAKULTI PENGAJIAN PENDIDIKAN
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397698210
-
SXESLAy~