PROF. DR. JAYAKARAN MUKUNDAN PEMENANG ANUGERAH AKADEMIK NEGARA 2013 | FAKULTI PENGAJIAN PENDIDIKAN
» BERITA » PROF. DR. JAYAKARAN MUKUNDAN PEMENANG ANUGERAH AKADEMIK NEGARA 2013

PROF. DR. JAYAKARAN MUKUNDAN PEMENANG ANUGERAH AKADEMIK NEGARA 2013


PUTRAJAYA , 2 Sept – Universiti Putra Malaysia (UPM) membolot empat daripada lapan Anugerah Akademik Negara (AAN) 2013.

Empat anugerah itu ialah Anugerah Tokoh Akademik Negara yang diterima oleh Naib Canselor pertama Universiti Pertanian Malaysia, Prof. Emeritus Tan Sri Dato’ Dr. Mohd Rashdan Baba dan Anugerah Pengajaran (Kelompok Sastera Gunaan dan Sains Sosial Gunaan) yang diterima oleh Prof. Dr. Jayakaran Mukundan dari Fakulti Pengajian Pendidikan.

Penerima UPM lain ialah Prof. Dr.Hajah Rahinah Ibrahim dari Fakulti Rekabentuk dan Senibina bagi Anugerah Seni dan Kreativiti (kategori Seni Visual/Seni Bina/Seni Kraf) dan Prof Dr. Azni Idris dari Fakulti Kejuruteraan bagi Anugerah Inovasi dan Pengkomersialan Produk.


soaibasimiran

ANUGERAH PENGAJARAN
(Kelompok Sastera Gunaan dan Sains Sosial Gunaan)

Prof. Dr. Jayakaran Mukundan

Beliau menulis lebih daripada 80 artikel jurnal, 23 bab dalam buku dan 30 buah buku. Sumbangan dan kegigihannya membuatkan beliau menerima pelbagai anugerah di peringkat Universiti serta berjaya memenangi lima pingat antarabangsa, tiga pingat tempatan dan dua puluh sembilan pingat Pameran
Reka Cipta, Penyelidikan dan Inovasi, UPM dan berjaya memperoleh hak cipta bagi empat perisian.


Tarikh Input: | Kemaskini: | mohdsyawal

PERKONGSIAN MEDIA

FAKULTI PENGAJIAN PENDIDIKAN
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397698210
-
SXETKAy~