Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) Antara Perbadanan Kemajuan Negeri, Negeri Sembilan Dan Universiti Putra Malaysia | FAKULTI PENGAJIAN PENDIDIKAN
» BERITA » Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) antara Perbadanan Kemajuan Negeri, Negeri Sembilan dan Universiti Putra Malaysia

Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) antara Perbadanan Kemajuan Negeri, Negeri Sembilan dan Universiti Putra Malaysia

Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) antara Perbadanan Kemajuan Negeri, Negeri Sembilan dan Universiti Putra Malaysia

Pada 17 April 2023 (Isnin), telah berlangsung sebuah majlis menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) antara Perbadanan Kemajuan Negeri, Negeri Sembilan (PKNNS) dan Universiti Putra Malaysia (UPM) dengan disaksikan oleh Menteri Besar Negeri Sembilan, YAB Dato’ Seri Hj. Aminuddin Harun serta beberapa Exco Kerajaan Negeri Sembilan. Majlis tersebut bertempat di Ibu Pejabat, PKNNS, Seremban, Negeri Sembilan. MoU tersebut telah ditandatangi oleh Naib Canselor UPM, YBhg. Dato’ Prof. Dr. Mohd Roslan Sulaiman, serta Dekan Fakulti Pengajian Pendidikan (FPP), YBrs. Prof. Madya Dr. Wan Marzuki Wan Jaafar dan MoU tersebut telah diserahkan kepada PKNNS oleh Timbalan Dekan (Penyelidikan, Inovasi dan Pendanaan), FPP, YBrs. Prof. Madya Dr. Nor Aniza Ahmad. Bagi pihak PKNNS pula, MoU tersebut telah ditandatangani oleh Timbalan Ketua Eksekutif PKNNS, Puan Rusmimah Mat Derus dan Pengurus Korporat PKNNS, Encik Azry Othman.

Pada 17 Disember 2022 yang lalu, PKNNS dengan kerjasama Jabatan Pemajuan Profesional dan Pendidikan Lanjutan (JPPPL), FPP, UPM telah menganjurkan sebuah program khidmat masyarakat di Kg. Orang Asli Parit Gong, Jelebu, Negeri Sembilan yang dirasmikan oleh Exco Kerajaan Negeri Sembilan, YB Dato’ Haji Ismail Haji Ahmad. Rentetan daripada kerjasama tersebut, termeterainya MoU antara PKNNS dan UPM ini bagi membolehkan lebih banyak kerjasama dijalankan pada masa hadapan. Jalinan kerjasama strategik antara PKNNS dan UPM ini juga mendapat sokongan yang tinggi daripada Ketua Jabatan, JPPPL, YBrs. Prof. Madya Dr. Nor Wahiza Abdul Wahat dengan usahasama ahli pasukan projek PKNNS-UPM yang merupakan Pensyarah Kanan FPP iaitu Dr. Nurul Afiqah Zulkifly, Dr. Siti Noormi Alias, Dr. Shamsulariffin Samsudin, Dr. Nur Raihan Che Nawi dan Dr. Suriani Ismail.

 

Gambar 1: Penyerahan MoU kepada PKNNS oleh UPM

 

Gambar 2: Majlis Menandatangani MoU antara PKNNS dan UPM

 

Gambar 3: Menteri Besar Negeri Sembilan, YAB Dato’ Seri Hj. Aminuddin Harun serta beberapa Exco Kerajaan Negeri Sembilan menyaksikan Majlis Menandatangani MoU antara PKNNS dan UPM

Tarikh Input: 18/04/2023 | Kemaskini: 18/04/2023 | zainz

PERKONGSIAN MEDIA

FAKULTI PENGAJIAN PENDIDIKAN
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397698210
-
SXETGAb~